I Follow...

Thursday, April 26, 2012

... Dan akupun berhenti mengharap..(Coretan pilu sekeping hati...)


Sudah!!! hentikan...! jangan lagi menaruh harapan.  Ianya akan hanya menghancurkan hati, menikam kalbu, merobek jiwa yang telah sedia tercalar. Bayang-bayang indah hanyalan khayalan.  Realiti sebenar amat memedihkan.  Ia bukan milik ku malah tidak akan pernah jadi milik ku... Biar mimpi berkali-kali, biar angan-angan mencecah langit, mimpi tetap hanya tinggal mimpi...

Oleh itu, hari ini, saat ini dan ketika ini aku berjanji bahawa akan ku bunuh harapan itu.  Ku campakkan ia sejauh kutub utara, ku tanam ia di dasar lautan, ku terbangkan ia hingga ke awan... agar tidak mungkin untuk ku pungut kembali...biar lenyap dari pandangan dan ingatan... Di hari, saat dan ketika ini aku berikrar bahawa aku hanya akan menerima seadanya apa juga yang bakal berlaku.  Tidak akan aku benarkan fikiran ini untuk menjangkau jauh dari apa yang telah Kau tentukan...

Namun begitu ketahuilah.. di saat dan waktu ini jua hatiku amat terluka... kerana satu-satunya harapan yang aku ada... terpaksa ku korbankan...!





No comments:

Post a Comment