I Follow...

Monday, April 9, 2012

Its my turn... aduh..!! risaunyer..

Selalunya bila bercerita soal sakit, soal temujanji dengan doktor semuanya berkenaan hubby.  Tapi tidak hari ini kerana hari ini adalah hari aku... huhu...

Bulan lepas, entah mengapa semasa aku demam dan sakit perut aku telah pergi mendapatkan rawatan ke Klinik Komuniti Tanglin.  Selalunya aku pergi ke klinik swasta sahaja.  Tidak pernah pula doktor-doktor tu suruh aku buat ujian darah.  Klinik kerajaan ni agaknya doktornya rajin-rajin.  Apabila aku katakan bahawa aku belum pernah melakukan ujian darah, doktor terus suruh aku buat ujian tu dan setkan appointment untuk aku.  Setelah 2 minggu, hari ini tibalah masanya aku mengetahui keputusan ujian tersebut.  Jeng jeng jenggggg.... 

Keputusannya? adoiiiiii.. paras gula dalam darah aku tinggi...! Ha? betul ke nih? Maknanya aku ada diabetes.  Bila aku jawap mak aku pun ada diabetes, doktor terus tak sabar-sabar suruh aku mulakan makan ubat.  Dia bagi 2 jenis ubat untuk permulaan.  Katanya penyakit ini diwarisi dari keluarga.  Lepas tu dia terus suruh buat 3 temujanji untuk aku.  Weyyy... macam la aku tak ada kerja lain.  Appointment hubby kat PPUM tu pun dah cukup banyak, ini aku pula kena pergi klinik untuk pelbagai temujanji itu.  Seingat aku lah, hubby kena sambung rawatan kimo pada 23,24 dan 25 April ni.  Lepas tu bulan Mei pula kena buat CT Scan plus jumpa doktor.  Aku pula, 16 April kena jumpa pakar pemakanan, 20 April kena ambil darah lagi dan 30 April jumpa doktor untuk lihat hasil dari ubat yang dia sarankan tu.  Hmmmm... 

Aku rasa aku tak mahu mulakan ambil ubat-ubat tu lagi la.. aku nak cuba control sendiri paras gula dalam darah aku ni.  Lepas sebulan or 2 bulan nanti buat la ujian darah semula dan kalau memang masih tinggi juga, baru aku makan ubat.  Camne?  Boleh tak aku buat macam tu?  Aku dengar orang kata jangan mulakan makan ubat sebab bila dah mula nanti tak boleh berhenti.  Huhu... bikin aku risau jer lah... Baik tak payah buat ujian hari tu...Persoalannya, aku macam tak percaya pulak aku ada diabetes... :-) ke aku yang gagal untuk menerima hakikat..?

ooo... lagi satu tekanan darah.  Kena monitor juga sebab dah hampir-hampir kat sempadan kot...  Aduyai... dah tua-tua macam ni memang la banyak penyakit... :-(

 Tak nak lah makan ubat ni dulu...
3 Temujanji...


4 comments:

  1. assalamualaikum wbt kak,

    berapa kadar gula yang ada dalam darah akak? kadang-kadang sebab tinggi sangat memang kena mulakan dengan ubat.. sekadar pendapat saya yang masih kanak-kanak..

    kebiasaannya memang mula-mula diabetes dikawal dengan pemakanan dan senaman, tapi this is not always the case (contohnya kalau peratusan gula dalam darah tinggi sangat dan ada family history). dan kalau tak kena diabetes pun memang kena jaga makanan dan exercise juga..

    lifestyle changes biasanya kena senaman paling kurang 30 minit sehari (cardio exercise ie. yang buat jantung bekerja lebih keras dan badan berpeluh) dan jaga pemakanan..

    saya cadangkan akak makan ubat dan buat cardio exercise 15-30 minit sehari. kalau dibiarkan gula tinggi dalam darah nanti banyak pulak complications dan dapat higher risk for cardiac disease, renal disease, stroke etc..

    pendapat saya je, tak semestinya betul..

    Allahu'alam
    wassalam

    ReplyDelete
  2. Wslm. Terima kasih byk2 atas nasihat adik tu. Doktor pun kata macam tu jugak ngan akak. Tapi akak takut benar nak makan ubat nih.. huhu... paras gula akak tu tinggi la jgk kot 10.2

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, kadang2 kita kawal pun tetap ada diabetis sebab keturunan..
    Mak ayah saya keduanya diabetis takut juga tu..
    Saya nak pesan ni buat memogram ye!
    Kalau lebih 40 thn ke atas..
    Saya kanser umur 35thn tak suka makan daging dan amalkan makan ulam2an tapi tetap kena,,

    Dr kata saya terlalu stress, jadi akak jangan stress ye! ,selalu senyum walaupun byk masalah melanda..Senyuman ubat segala penyakit dan awet muda..Sunnah Rasulullah saw..Sama2 kita cuba ye! saya pun byk penyakit asma, resdung mcm2 ada..

    ReplyDelete
  4. Akak, tahap gula bagi pesakit kencing manis 10.2 adalah biasa sahaja. Bergantung jika pengambilan darah itu diwaktu sebelum makan pagi, itu agak tinggi dan perlu mengawal pemakanan. Jika pengambilan darah selepas makan 10.2 boleh diturunkan dengan membuat senaman dan kerja-kerja yang mengeluarkan peluh. Ianya mudah akan menurun stabil menjadi tahap glukos yang baik iaitu 4.4 hingga 9.0 . Kurang pasti akak telah mengidap Kencing Manis untuk berapa lama . Kini akak ada kencing manis tahap 2. kerana fungsi PANGKEREAS dalam badan LEMAH tidak dapat mengeluarkan INSULIN bagi membakar GULA dalam darah menjadi tenaga. Pengambilan ubat PIL dari doktor adalah untuk MENGUATKAN semula pangkereas itu untuk membakar GULA dan menstabilkan rglukos dalam badan. Adalah TIDAK WAJAR jika tidak mengambil pil doktor sarankan. TK.

    ReplyDelete