I Follow...

Friday, July 20, 2012

"Senyumlah senyumlah, ah hai cek mek molek.."

"Senyumlah senyumlah, ah hai cek mek molek
Senyumlah senyumlah, ah hai cek mek molek..."

Pernah dengar lagu ni?  Ianya dinyanyikan oleh Dato' M.Daud Kilau (Raja Gelek Malaysia).  Bagi mereka  yang seangkatan dengan aku, kenal la Dato' M. Daud Kilau ni.. tapi kalau budak-budak generasi muda ni mungkin tak berapa familiar dengan nama tu.  Anyway, aku bukanlah nak bercerita mengenai Raja Gelek ni... :-)  Apa yang ingin ku katakan adalah bahawa... hari ini aku telah mampu tersenyum...

Setelah 3 hari 3 malam macam orang gila.. menangis hingga bengkak-bengkak mata, tak cukup tidur dan sakit kepala... akhirnya hari aku mampu kembali tersenyum.  Usah ditanya mengapa dan kenapa... kerana aku sendiri tidak tahu sebabnya.  Yang aku tahu 3 hari lepas tu hatiku sangat sangat sangat sayu, pilu... aku terasa begitu keseorangan.  Aku terasa kehilangan.  Entah mengapa aku merasakan bahawa aku telah ditinggalkan oleh semua yang ku kasihi.  Sebak di dada hanya Allah sahaja yang tahu.  Bagai nak meletup dada ni menahan sebak yang teramat sangat.  Lemas, terkapai-kapai mencari dahan berpaut.  Sekelilingku kosong, gelap dan gelita... Tiada yang dapat menembusi kepedihan yang melanda jiwa...

Namun dengan kasih dan rahmatNya...hari ini aku kembali.  Hari ini ku cantum semula serpihan-sepihan hatiku yang berkecai, ku kumpul kembali semangat yang hilang.. dan hari ini aku mampu bangun, berdiri.. dan mengukir senyuman.  Syukur pada Ilahi.. biarpun aku tidak tahu apakah hikmah di sebalik semua ini tapi aku yakin segalanya adalah yang terbaik untukku.. Terima kasih Allah.. Kau kembalikan pasrahku, Kau kembalikan redhoku... Biarpun pedih, perit ini masih terasa namun aku mampu menghadapinya... Dan aku berazam untuk lebih kuat dan tabah..  "Bernafas dengan sebelah jiwaku.. "




Buat teman-teman yang sentiasa priihatin dan mengambil berat terhadap diri ini, ingin ku ucapkan ribuan terima kasih.  Sesungguhnya aku amat bertuah punyai teman-teman seperti kalian. Terima kasih semua.... Terima kasih beribu-ribu lemon... :-)







No comments:

Post a Comment