I Follow...

Thursday, July 12, 2012

We can always adjust the sail...



Semalam hatiku tersentuh oleh tulisan seorang anak buah ku di facebook.  Aku tidak sekali-kali menyalahkan dia, kerana dia hanya meluahkan rasa hatinya.  Maklumlah anak muda, masih pendek akalnya.  Kata orang 'kata-kata itu sebelum diucapkan adalah milik kita, tapi bila dah diucapkan atau dituliskan.. ianya telah menjadi milik orang yang mendengar dan membacanya'.  (Jadi duhai nephew tersayang, makcu bimbang kalau-kalau luahan hatimu itu menyinggung perasaan yang membacanya...) Apapun aku lebih suka berpandangan positif dalam hal ini.  Anak buah ku ini sangat kasih dan kasihan kepada ibunya yang dikatakan telah dibuli oleh ibubapa saudaranya.  Memang patutlah dia  berasa marah dan bengang.  Tapi suka aku ingatkan kepada anak buah ku ini dan diri aku sendiri khasnya bahawa dalam hidup ini kita jangan mengharapkan orang lain untuk berubah dan membaiki keadaan.  Bahkan kita sendiri lah yang patut berubah dan kita sendiri jugalah yang kena menyesuaikan diri dengan apa jua dugaan dan rintangan yang kita hadapi.  Pepatah orang putih kata "We can't direct the wind, but we can adjust the sail".  Tak usahlah mengharapkan perubahan pada orang lain yang dah tentu-tentu kita tidak berdaya untuk mengubahnya.  Pedulikan mereka, biarkan mereka dengan cara mereka, kita buat apa yang kita mampu.  Lakukan dengan seikhlas mungkin.  Usahakan mengubah diri sendiri, sesuaikan diri dengan dugaan dan ujian yang sedang melanda hidup kita.  InsyaAllah jiwa akan tenang dan reda atas apa jua yang ditakdirkan Allah untuk kita. 

Untuk nephew tersayang, makcu bangga kerana nephew adalah seorang anak yang sangat prihatin. Emak nephew sangat-sangat perlukan sokongan dan bantuan nephew adik beradik buat masa ni.  Nephew dan adik beradiklah penyejuk hati emak.  Cubalah tenangkan hati emak, hiburkan hatinya, bantu dia apa yang terdaya agar ringan bebanannya sementara nephew masih ada bersamanya.  Entah esok, entah lusa nephew akan dapat kerja, tinggalkan rumah, tinggalkan emak.  Gunakan masa ni untuk mengaut segala peluang untuk berbakti kepadanya.  Besar pahalanya ditambah pula dengan menolong jagakan opah.  Makcu tahu bukan mudah, tapi insyaAllah kalau niat itu ada Allah permudahkannya.  Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Makcu faham apa yang nephew dan emak hadapi sekarang.  Bukan mudah menjaga orang sakit ni... Sebab itulah emak perlukan nephew sangat-sangat untuk menyokong dan meringankan bebannya.  Makcu hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kita semua.  Nephew tahu keadaan pakcu macamana kan?  Buat masa ni makcu hanya mampu bersabar dan berdoa.  Selebihnya makcu serahkan pada Yang Esa.  "Ujian hidup bukanlah penyebab hilang bahagia.  Ujian hidup adalah lumrah.  Jika tak nak ujian, jangan datang ke dunia ini... :-)"  kata-kata ini makcu petik dari salah satu ceramah yang makcu dengar.  Kalau tak silap dari Ustaz Pahrol. 


No comments:

Post a Comment