I Follow...

Saturday, July 6, 2013

Kalau dah jodoh...

Menonton rancangan 'Kalau dah jodoh" Ustaz Kazim Elias sudah pasti membuatkan orang-orang yang berstatus single meluap-luap keinginan untuk berkahwin.  Apa tidaknya, banyak sangat pahala yang boleh diperolehi apabila bergelar isteri atau suami.  Hinggakan perkara-perkara yang menyeronokkan pun boleh dapat pahala berlimpah ruah.   Ditambah pula dengan diangkat darjatnya, dimurahkan rezekinya dan berbagai-bagai lagi la... So jangan tercegat jer kat situ... tunggu apa lagi yang single mingle tu... kawin la... hahahah...

Tu la, masa aku ada hubby dulu tak der pulak rancangan ni.  Kalau tak mesti lebih bersemangat aku untuk menjadi isteri terbaik untuknya.  Ok, ok... tak mahu citer panjang... nanti aku sedih.  Apa pun aku berdoa agar segala kekurangan dan salah silap ku sepanjang bersamanya telah diampuni.  Bagi aku pula arwah adalah suami yang sangat baik.  Dia mungkin tidak pandai mengukir kata-kata manis, tidak juga kaya raya, jauh sekali bersikap romantik seperti Romeo namun kasihnya kepadaku hingga ke hujung nyawa... huhu.. aku sedih dah ni...

Ok lah jangan sedih-sedih... jom layan video ni...  





No comments:

Post a Comment