I Follow...

Sunday, July 28, 2013

Sakit hati...

Kadang-kadang terfikir mengapa mesti rasa sakit hati.  Puas dipujuk, puas dirayu.  Puas diberi alasan demi alasan... tapi sakitnya tetap tidak terperi. Alangkah baiknya jika punya hati yang kebal dari disakiti...Solat sudah, baca yasin sudah, baca Quran sudah, ambil wuduk pun sudah... Lidah berkata 'aku pasrah'... hahaha.. hati ketawa terbahak-bahak... pasrah dan berserahkah itu?  Ikhlas dan redho kah namanya andai hati masih terasa sakit?
Lalu katanya... "..dan demi rasa kecewa dan pedih perit yang telah sekian lama ini... maka hari ini dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim (dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang) aku berjanji bahawa tidak akan ku tangisinya lagi pedih perit ini.  Biar ku benam harapan itu dalam-dalam di dasar lautan, biar ku campakkannya jauh-jauh ke tengah belantara... Jangan cuba kembali kerana hatiku  ini telah tiada ruang lagi untuk disakiti... Ianya telah hancur berderai...."  


Untuk sebuah rasa yang tercalar, namun aku masih inginkannya terus segar, mekar dan mewangi...


No comments:

Post a Comment