I Follow...

Monday, August 5, 2013

Di pondok kecil... (Jangan bersedih sayang...)


Isnin 5 Ogos 2013 (27 Ramadhan 1434H.

Hari ini telahpun  27 hari umat Islam menjalani ibadah puasa.  3 hari lagi Syawal bakal menjelma.  Ramai teman-teman telahpun bercuti dan ada yang dah sampai di kampung masing-masing.  Aku...? Entah mengapa hati ini semakin sepi dan sunyi.  Bukan tiada yang menemani.. Keempat-empat putera puteri ku telahpun berada di rumah... sepatutnya aku lebih ceria.  Semalam sehari suntuk kami bershopping.. beli baju melayu dua orang anak bujang tu dan barang-barang lain.  Tapi semua itu tidak dapat mengubat sepi hati ku ini.  Kosong jer... Alahai... jangan la macam ni...

3,4 hari yang lepas Shiha kata hatinya berdebar-debar nak sambut Hari Raya.  Entah apa maksud dia mungkin dia excited nak raya kot... (itulah tekaan ku) Tapi petang semalam pulak katanya "umi.. ini kali pertama kita raya tanpa abah.." ooh... budak kecik ni rindukan abah dia.  Sejak abahnya tiada, setiap malam dia tidur dengan bantal kecil yang melapik kepala abahnya semasa di hospital dulu.  Kadang-kadang dia akan bertanya "umi ingat lagi tak bau abah?.. saya suka bau abah..."  Biarlah.. ingatlah sampai bila-bila pun.. kita semua berhak untuk mengingatinya.  



p.s :
Hari Raya bukan untuk bersedih... Cheers beb... (Pesan untuk diriku, anak-anak dan semua yang senasib dengan kami...)


No comments:

Post a Comment