I Follow...

Tuesday, August 5, 2014

KITA TETAMU SENJA.. (Di saat aku merindui mu...)


KITA TETAMU SENJA..

Tersenyum
seketika memikirkan perjalanan cinta yang hanya menemui jalan mati.
Tidak ada niat untuk melukakan hati siapa-siapa.
Soal hati aku juga tidak mampu memaksa.
Perjalanan ini sudah terlalu jauh.
Di mana penghujungnya aku sendiri tidak pasti.
Yang pasti cinta itu takkan ku ulangi.
Sakit yang aku rasakan masih terasa hingga kini.
Kecewa yang asyik menyelubungi.
Nekad,
hanya cinta Allah yang akan ku buru.
Namun,
jika cinta itu bertandang lagi biarlah pencarian cintaku berakhir di atas sandaran cintamu...




 

Wednesday, February 26, 2014

Kisah mencari belon... :-)

Kongsi kisah cari belon (copy and paste dari facebook)

Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar Senyumlah bersama Ustaz Sobri.

Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Sobri memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon. Belon ditiup besar dan diberikan kepada Ustaz Sobri.

Ustaz Sobri melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon. Lima orang pertama akan mendapat hadiah.

Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut. Para peserta berebut, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing.

Suasana cukup melemaskan. Lima minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka.
Ustaz Sobri tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon.

Dalam masa tiga minit, semua mendapat kembali belon masing-masing.

Ustaz Sobri tersenyum lagi.

Wahai anakku,
Inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia. Semua orang mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana. Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan.

Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri. Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain. Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi.





Thursday, February 6, 2014

Yang paling baik, yang paling cantik... (Hargailah yang berada di sisi mu sekarang...)

Murid : Cikgu...bagaimana kita nak pilih seseorang yg terbaik? seseorang yang paling kita sayang? mcmana juga kasih syg tu nak berkekalan?

Cikgu : Orait...buat apa yg saya suruh... Awak pegi kat padang... jalan jer atas padang tu sambil tengok rumput2 di depan awk... pilih la yg PALING CANTIK! jangan sesekali toleh belakang lagi.. Ingat... pilih yg hanya di depan awk... bukan di belakang.. PILIH YG PALING CANTIK dan bila dah dapat bawa pada saya....


Setelah beberapa ketika murid tersebut kembali ke kelas... Tapi tiada pun walau sehelai rumput di tangannya...


Cikgu : Laaa... kenapa tak ambik rumput? kan banyak rumput di padang tu?


Murid : Tadi masa berjalan..memang la banyak rumput yg cantik.. tapi cikgu kata amik yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang! sy dah nak amik rumput yg cantik tu... tapi ada lagi yg lebih cantik di depan... sy teros la berjalan.. ada lg paling cantik di depan.. Tapi last2...sampai hujung padang..sy x jumpa pon yg paling cantik.. mungkin yg paling cantik tu ada kat belakang tapi sy tak boleh nak undur balik untuk ambil...tak boleh..sebab cikgu kata pilih yg di depan saja... Jadi,tiadalah rumput yg sy petik..


Cikgu : Ya.. itu la jawapan yg awk cari...  Maknanya.. APABILA KITA DAH JUMPA ORANG YG KITA SAYANG ....JANGAN LA KITA NAK CARI YG LEBIH ELOK DARI ITU... KITA PATUT MENGHARGAI ORANG YG ADA BERSAMA KITA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA... JANGANLAH TOLEH KE BELAKANG LAGI..SEBAB APA YG DAH BERLALU TU TETAP BERLALU...  DAN INGATLAH..ORANG YG PALING KITA SYG ITU LA PALING BAIK DAN PALING CANTIK. WALAU DIIKUTKAN ADA LAGI YG LEBIH BAIK DI DEPAN SEPERTI AWAK MENCARI RUMPUT TADI...(TAPI IA BUKAN MILIK AWAK...)

 

Wednesday, November 6, 2013

... dan Muharram datang lagi...

(Rabu - 2 Muharram 1435 H)

Setahun yang lalu... Muharram yang lalu... terukir sebuah lembaran baru dalam hidupku.  Biar berkurun lama pun jua, ianya akan tetap mekar di ingatan.  Takdir Tuhan tiada siapa yang dapat menduga.  Aku redha dan pasrah atas ketentuan ini. Moga Muharram kali ini lebih tenang, lebih damai dan mambawa kebahagiaan dan kerahmatan dari Yang Maha Pengasih, Yang Maha Perkasa. Selamat tahun baru 1435 Hijrah.  Selagi diizinkan akukan terus melangkah.  Mohon restuMu Ya Ilahi, bimbingi aku ke jalan yang Kau redhai... Amin...


  (Yang pergi tetap pergi... tak kan mungkin kembali di sisi...)

Wednesday, October 30, 2013

Layang-layang...

Bagaikan layang-layang putus tali...

Duhai hati, sabarlah.. duhai jiwa tenanglah...
duhai hati, pasrahlah... duhai jiwa yakinlah...
setiap malam pasti ada siangnya..
setiap hujan pasti ada panasnya...
usah biarkan hati mu kelemasan, terkapai-kapai mencari dahan berpaut...
jangan izinkan hatimu disakiti.. jangan benarkan jiwamu dilukai...
walau sebesar mana badai melanda... bersabarlah...
(Sesungguhnya aku ingin menangis... meraung semahunya...!!!)





Tuesday, October 29, 2013

Aku hanya seorang pendatang...

 Masih seperti dulu... tetap indah... tetap mendamaikan... 




  

Aku bagai seorang pendatang
Ke sempadan yang mengasingkan
Sedang dulu di sini aku bermesra denganmu
Kedatangan tiada sambutan
Dan senyuman tiada balasan
Langkah kaki sampai di sini terhenti
Ku mencari
Kembali pohon hijau nan rendang
Di situlah kita berteduh
Dan sungainya
Bertali arus air mengalir
Bagai takkan berakhir
Dijadikan perlambangan
Tanda setianya percintaan
Dua insan
Perjalanan di tanah gersang
Tanpa sungai dan pohon rendang
Kau dan aku demikian diibaratkan

Untuk dia yang ku sayang... terima kasih untuk segalanya... Semoga Allah memberkati dan merahmati kita hingga ke akhir waktu... Luv u... 

Tuesday, October 22, 2013

let go... open up...

Hmmm...

Why do we feel afraid to open our heart? Probably because we don’t want to be hurt, or look foolish. Or, perhaps we feel that others would abuse our trust.

Opening our heart is to be able to have trust in oneself and to understand that there is a higher being than myself looking after me so I can feel safe. What does it mean to have an open heart? To have an open heart is to feel contentment and happiness; to be free and peaceful - not hiding nor pretending. You are then open to experiences and can become really adventurous. If my connection is with Supreme, then it is easier to have good relationships with others. When you open your heart, you are able to communicate with others openly.

How do we begin to open our heart? One way to do that is to develop a nature that has good wishes for oth¬ers. To be an easy person to be with means to create a space within ourselves that has good wishes. It is important to start thinking differently about ourselves. To create good wishes for others and for the self is the starting point of being able to create changes in the world around you. We can create a positive and empowering atmosphere when we have a connection with each other that is positive and meaningful. When we feed our mind with good thoughts, we begin to feel contented & happy. - dnaindia.com 




Thursday, October 17, 2013

Segalanya ku tanggung sendiri...

Lama sudah tidak ke Perlis, tinggi rumput dari padi... Lama sudah tidak menulis, rindu jua di dalam hati... :-)

Lama berdiam diri bukan kerana tiada cerita.. tapi kadangkala segalanya lebih baik dipendamkan jauh-jauh di lubuk hati... biarlah segalanya ku tanggung sendiri.  Mungkin lebih baik begitu kerana at the end of the day... segalanya terpulang kepada diri sendiri...