Diam tak diam, pejam celik, pejam celik, dah 10 hari kita berada di tahun 2013. Laju jer masa berlalu... Namun hati ku masih suram. Hidup ku bagaikan di awang awangan... Ku cuba menghapus duka namun bagaikan tiada apa pun yang mampu membahagiakan... Biarlah.. akan ku turuti ke mana sahaja arus hidup yang telah ditentukan untuk ku...
Dua malam yang lepas semasa aku menemani Shiha tidur, tiba-tiba aku terlihat esakannya. Bila ku tanya mengapa, katanya "Shiha nak abah... Shiha nak balik kampung, nak jumpa abah, nak lawat kubur abah.." Semakin lama semakin kuat esak tangisnya... Aduhai.. luluh rasa hatiku hanya Tuhan yang tahu... Betapa perit dan sukarnya aku untuk memujuk gadis kecil ini, sedangkan hatiku sendiri sedang parah dan berdarah... Dalam pada itu aku cuba memujuknya.. Airmata kami bersatu... Iyer.. kami semua rindukan dia... Semakin lama semakin terasa kehilangannya..
salam kak,
ReplyDeletetakziah dari nora & anak2..semoga akak & anak2 tabah dengan ujian Allah ini..nora faham apa yg akak rasa skrg sbb nora dah melaluinya..al-fatihah utk arwah2 suami kita...semoga mereka ditempatkan disisi org2 yg beriman & beramal soleh, insyaallah...
Terima kasih Nora... mmg sukar untuk digambarkan perasaan kita kan? Ya, InsyaAllah semoga mereka tergolong dalam golongan hamba2Nya yang dirahamati... Amin.
Deletesgt xtergambar kak..pedihnya, sepinya, sedihnya hanya kita yg rasa, sekurang2nya anak2 akak dah besar2 itu satu bonus utk akak ada teman yg memahami rasa hati tapi nora anak2 masih blm baligh pun..aduhai hati sabarlah dikau. sabar ye kak, hidup mesti diteruskan (ucapan utk diri sendiri jugak hehehe)
ReplyDeleteAL FATIHAH buat arwah
ReplyDeletesemoga eve terus tabah dan cekal mengharungi hidup ini
hidup ini terlalu singkat.. kita pasti menyusulnya
semoga kelak bertemu di alam syurga, yg kekal abadi