Tidak seperti teman-teman dan kanak-kanak lain yang bergembira bermain dan bersenda gurau bersama bapa masing-masing, anak ku Solihah hanya bisa merenung jauh. Di saat-saat kerinduan, dia akan kembali mengenangkan semula kenangan silam di mana abah mengajarnya bermain badminton, pergi jogging di pagi minggu, ke taman permainan.. indahnya saat itu... kata Solihah.. :-( Pagi-pagi abah akan kejutkan Solihah dari tidur dengan menggesel-geselkan janggutnya ke muka Solihah... Aku tau Solihah amat-amat merindui semua itu...
Kini, Solihah harus pasrah bahawa abah sakit, abah tak berdaya untuk bangun dan bermain-main dengan Solihah lagi... Kata Solihah, dia selalu berdoa agar abah sembuh...
Mengucup dahi abah di pagi Hari Raya Aidil Adha yang lalu... |
Anakku Solihah... bertabahlah, Tuhan sedang mengatur segalanya untuk kita...
No comments:
Post a Comment