Telah lama ku membisu seribu bahasa. Tidak tergerak hatiku untuk menulis tentang hubby... segalanya pedih, segalanya perit... untuk apa ku bercerita?
Namun hari ini tiba-tiba jari jemari ini diheret untuk menulis lagi tentang dia. Hidup tidak dapat dijangka. Tidak pernah terlintas di fikiran ku bahawa suatu hari hubby akan jadi sebegini. Tubuh hubby kian kurus dan kian tidak berdaya. Kini segala makan pakainya, segala keperluannya terpaksa diurus. Yang masih terus kekal hanyalah senyumannya. Kalau kita berbicara, dia hanya mengukirkan senyuman. Kini dia amat kurang bercakap, walaupun didatangi oleh kawan-kawan rapatnya sendiri mahupun saudara mara. Dia hanya memandang mereka dan sesekali tersenyum bila kawan-kawannya berjenaka. (Ahhh... hubby, ke mana hilangnya hilai tawa mu... ke mana hilangnya ramah tamah mu?... tidak adil kau biarkan aku sendirian melayan teman-teman mu, sedara mara mu... tidak adil hubby... ku dibiarkan begini...)
Aku perasan, sejak akhir-akhir ini, ketika aku menyuapkan makanan ke mulutnya, jarang sekali dia ingin memandang wajahku. Pandangannya dilemparkan pada dinding, pada bumbung...pada hujung kakinya. Aku pula memang tidak pernah tahan untuk memandangnya dengan lama, kerana setiap kali ku pandang wajah dan tubuh itu, hati ku hancur... sayu pilu aku melihat tubuhnya yang kian kurus melidi... Kadang kala hati kecil ku berkata suamiku ini seorang lelaki yang baik, yang taat perintahMu... mengapa dia tersiksa begini??? Atau mungkinkah ini kerana banyaknya dosa-dosa ku...? Tuhan, aku ingin percaya bahawa ini adalah kerana Kau amat menyayanginya... Ini adalah kerana Kau ingin mengangkat darjatnya di sisiMu... (Tuhan tabahkan hatiku, kuatkan imanku, dan kurniai ku hati yang sentiasa bersyukur atas setiap kurniaMu...)
Tuhan, bantu dan bimbinglah aku untuk memberikan yang terbaik untuk dia.. kerana dia adalah anugerah dan amanah Mu yang terbaik untuk ku...
waaaaaaaaaaa pagi2 dah nangis baca kak post ni..insyaAllah kuatkan hatimu.isteri solehah sentiasa bersama suaminya saat senang mahupun susah..
ReplyDelete