I Follow...

Diriku...

Diriku...

Siapa Aku?.. ha... aku dilahir dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapa yang tercinta Haji Abdul Aziz  dan Hjh. Endut Sapiah.  Anak bongsu daripada 8 orang adik beradik.  

Masa kecik2 dulu aku agak manja dengan arwah apak (bapa)... Arwah rajin bercerita .  Masih jelas diingatanku cerita 'Ayam Tok Tek', 'Kisah Syaitan Gemuk dan Syaitan Kurus',  'Kisah Sang Kancil' dan yang paling aku suka siri cerita tentang 'Puteri Bongsu'.  Dalam setiap cerita Puteri Bongsu ni, Puteri bongsu semestinya yang paling cantik dan paling baik di kalangan puteri2 lain... Arwah kata macam aku lah... huhu... rindunyerrrrrrrrrrrr.....Al-Fatihah... 

Emak pula kurang memanjakan ku.. mungkin nak balancekan dengan apak kot.  Kalau tak nanti naik kepala la pulak anaknya ni... Aku amat bersyukur kepada Allah atas kasih sayang mereka.  Kau berkati,  kasihani, rahmati dan  ampunkanlah dosa kedua ibubapaku sebagai mana mereka telah mengasihi dan menjagaku sewaktu aku kecil dulu... Amin.

Setelah tamat babak kanak2 dan remaja, akhirnya aku berumahtangga.  Pejam celik, pejam celik dah hampir 23 tahun aku hidup di samping suami tercinta Joe :-)  Ku panjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Ilahi.  Rumahtangga kami aman, bahagia dan diberkati dengan kehadiran 4 orang permata hati. Wani, Faiz, Fahmi dan Solihah.  Pada mereka kasih sayang kami tertumpah... Setiap detik aku berdoa agar anak2ku menjadi anak2 yang soleh dan solehah... Harapan agar merekalah  anak2 yang mendoakan kami setelah kami tiada nanti...



Tanggal 10 Disember 1988

Termaktubnya sebuah ikatan...

"Aku terima nikahnya.." di satu malam 8 Disember 1988

hehe... ader pic kat galeri tuh...
(3 thn bertunang... hehe... lama kan?..
Kau dan Aku

Bersama permata hati bonda - Wani, Fahmi dan Solihah

Juga bersama penyejuk hati bonda Faiz, Wani dan Fahmi..