I Follow...

Showing posts with label Kongsi Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Kongsi Ilmu. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

Di saat aku merasakan cintamu semakin pudar...

 Izinkan aku copy & paste kisah di bawah untuk renungan bersama...




Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai
sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan
hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar
dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa
pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa
letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu
telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar
sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui
saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang
sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi,
semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh
berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya
kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan
suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah
mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang
ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan
keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan
penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta
yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang
malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang
mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang
tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang
boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia
bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran
Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab
dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya
di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti;
Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang
ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang
memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah
yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan
memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah
mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya
menemui selembar kertas dengan coretan tangannya
dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang
bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan
alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati
saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik
program didalamnya dan akhirnya menangis di depan
monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya
boleh membantu Siti untuk memperbaiki program
tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti
keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya
boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti
ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi
selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di
tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai
yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."


"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik'
Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan
tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang
sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu
risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus
membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu
tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus
menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang
dapat menolong mengguntingkan kukumu dan
memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing
menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir
yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang
bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat
airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh
mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan
oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti.
Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,
kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan
tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha
untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan
Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini,
dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong
bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang
berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi,
jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang
masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang
tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia
Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang
terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan
pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan
wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti
kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah
mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah
cinta, di saat kita merasa cinta itu telah
beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita
merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam
'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah
hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita
bayangkan sebelum ini.
 
Cuba kita ambil ikhtibar dari
cerita ini..

 
cinta sampai syurga...

“Just because somebody doesn't love you the way you want them to, doesn't mean they don't love you with everything they got”

 

 

Monday, June 11, 2012

Jentikan Kasih (Genta Rasa)

Pilu dan insaf aku membaca tulisan Ustaz Pahrol ni.  (Ampuni aku Ya Allah...)

Masih teringat ketika masih kanak-kanak di kampung dahulu. Apabila hujan lebat, kita begitu seronok bermain air. Tidak kira di tepi sungai atau berhampiran tali air. Kita ketawa, gembira dan terjerit-jerit dengan kawan-kawan. 

Tetapi tidak lama… ibu akan datang dengan ranting kayu menyuruh kita pulang. Kalau tetap berdegil, kita akan menerima habuan. Apalagi, kita pun menangis. Sewaktu itu kita tertanya-tanya, mengapa ibu menghalang kita berseronok-seronok?

Kini kita telah dewasa, kenangan itu masih basah dalam ingatan. Kita tersenyum. Kenangan itu adalah bukti kasih sayang ibu. Sekarang kita faham, ibu melarang kerana kasih. Ibu merotan kerana sayang. Bukan kerana ibu cemburu, jauh sekali benci apatah lagi untuk mendera. Ibu nampak apa yang kita tidak Nampak. Kita hanya memikirkan suka, ibu memikirkan bahaya. Ya, kerana keprihatinan ibu menjaga kita sewaktu kecil itulah menyebabkan kita masih di sini.
Begitulah dengan ujian-ujian Allah. Ia begitu perit, pahit dan menyakitkan. Kita inginkan kejayaan, Allah berikan kegagalan. Kita inginkan pertemuan, Allah takdirkan perpisahan. Manis yang kita impikan, pahit yang menjadi kenyataan. Mengapa? Jawabnya, itu adalah yang terbaik untuk kita. Ujian Allah umpama ‘rotan ibu’ kepada anaknya yang degil. Ibu merotan kesah kasih sayang, Allah lebih-lebih lagi…kerana kasih sayang Allah jauh lebih tinggi, lebih murni daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya.

Sayangnya, kita hamba yang ‘buta’. Kita tidak nampak di sebalik segala keperitan dan kesakitan ujian Allah itu adalah kasih sayang jua. Dahulu kita adalah anak kecil yang tidak memahami di sebalik larangan dan kemarahan ibu. Kini kita adalah hamba yang jahil kerana gagal memahami dan merasai kasih-sayang Allah di sebalik segala ujianNya. Dahulu kita menangis, apabila dipukul ibu. Kini kita ‘memberontak’ dan bertanya, mengapa Tuhan takdirkan kesusahan dan kepedihan ini ke atas diriku?

Mengapa kita belum dewasa menghadapi ujian Allah? Kenapa kita belum mampu tersenyum seperti seorang anak yang telah dewasa sewaktu mengenang kembali memori silam sewaktu dia dipukul ibunya? Kita seharusnya mampu ‘tersenyum’ ketika dipukul oleh takdirNya. Atau sekurang-kurangnya tunduk akur, menyerah dan pasrah pada ketentuan-Nya. Katakan pada hati, “Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hambaMu. Di sebalik ujian ini aku yakin ada kebaikannya. Cuma kerana kelemahan dan kejahilanku… aku belum nampak wahai Tuhan. Namun aku tetap yakin di sebalik semua ini tetap ada kasih sayangMu.”

Marilah kita teladani Nabi Muhammad saw apabila ditimpa ujian, baginda sering berkata, “aku hamba Allah, Allah tidak akan mengecewakanku.” Ini kerana baginda yakin bahawa pada setiap ujian Allah terselit hikmah yang pasti memberi kebaikan, lambat atau cepat, tersurat atau tersirat. Justeru, orang yang ‘arifbilllah’ (mengenal Allah) seperti Ibnu Ataillah pernah berkata, “Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen­deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”  Maksudnya, seberat mana pun ujian yang Allah timpakan, pasti ada kasih sayang yang mendasari dan mengiringi  ujian tersebut. Namun, akal yang matang berfikir dan hati yang tenang berzikir sahaja dapat merasai hikmah di sebalik setiap mehnah.

Telitilah firman Allah ini, Al-Baqarah Ayat 216 : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Ilmu kita yang terbatas, tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas. Kita hanya nampak yang dekat, Allah nampak yang dekat dan yang jauh. Kita hanya nampak guruh dan hujan, rupanya Allah hendak menghadiahkan pelangi!
Alangkah indahnya kehidupan ini apabila kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan menerima segala ujiannya dengan sabar. Pahit, tidak cepat diluah. Pedih, tidak segera disanggah. Anak yang dewasa akan tersenyum dan berterima kasih dengan ketegasan ibu terhadapnya sewaktu dia masih kecil. Mujur ibuku memarahi ku dahulu, jika tidak… kini aku tidak berjaya. Syukur, ibuku telah merotanku sewaktu aku kecil dahulu, itulah yang menyebabkan aku menjadi ‘manusia.’

Syukur kepada Allah yang mengurniakan ibu untuk kita. Semakin tinggi rasa terima kasih kita kepada ibu, sewajarnya semakin tinggi pula syukur kita kepada Allah. Tanpa ibu, siapalah kita… namun tanpa kasih sayang Allah, tiada ibu, tiada kita. Antara nikmat Allah yang tidak boleh kita dustakan ialah nikmat ibu. Namun, lebih tinggi sepatutnya kesyukuran kita kepada Allah… yang telah mendidik kita dengan ujian-ujianNya.  Yang sering menjentik kita dengan kasihNya.
Dengan jentikan (ujian) itulah iman dan Islam kita dewasa. Dengan mehnah itulah kita mendapat hikmah. Dan dengan hikmah itulah kita menagih syurga!

Mungkinkah ku gapai syurga itu?...


Wednesday, April 4, 2012

Hentikan jeritan itu...


Hentikan jeritan itu,  Jadilah Kekasih yang Mendengar!

Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia perlukan makanan. Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan. Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi. Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak. Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya.

Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya. Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi: "Tugas cinta yang pertama ialah mendengar." Ertinya, kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar. Mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya. Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum. Dengan mendengar ertinya kita memberi telinga, mata dan hati. 

Orang yang mendengar sebenarnya adalah orang yang "memberi"… Bukankah cinta itu bererti memberi? Memberi kasih-sayang, perhatian dan perlindungan. Orang yang banyak mendengar akan banyak belajar dalam hidup ini. Orang yang banyak mendengar bukan sahaja banyak pengetahuan tetapi akan banyak kawan dalam masyarakat. Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik yakni kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar.

Malangnya, kebanyakan manusia lebih suka "memperdengarkan" daripada mendengar. Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli. Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin memonopoli perbualan. Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai dan bijak berbanding orang yang diam. Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh. Tidak ada idea dan pendek wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat. Kata bijak pandai: "Diam itu banyak hikmahnya tetapi sangat sedikit sekali orang mengambil manfaatnya."

Cuba lihat orang di sekeliling kita dan lihat kita sendiri. Apakah kita banyak mendengar daripada berkata-kata? Maaf, kerap kali kita ingin jadi jaguh dan wira yang tidak henti-henti berkokok di mana-mana. Bila bercakap kita seolah-olah serba tahu. Kita mengetuai perbualan, kita menjuarai percakapan. Mengapa? Ya, sering berlaku pangkat, harta, nama serta jawatan menyebabkan seseorang tidak sudi lagi menjadi pendengar.

Pangkat ku lebih tinggi, aku cakap kau dengar. Nama ku lebih tersohor, jangan cuba-cuba mencelah bila aku berbicara. Kau tak layak menasihati aku, ilmu ku lebih tinggi. Begitulah yang kerap kita lihat dalam kehidupan. Bukan orang lain tetapi diri kita sendiri! Apakah dengan mendengar kita menjadi hina, miskin dan tidak ternama? Jika itulah anggapan kita jelas kita sudah tersalah. Menjadi pendengar menjadikan kita orang yang tawaduk (rendah diri).

Orang yang tawaduk akan ditinggikan Allah. Orang yang mendengar akan lebih banyak belajar daripada orang yang asyik berkata-kata. Semakin banyak kita belajar semakin banyak ilmu yang kita peroleh. Dan bila semakin banyak ilmu yang kita miliki, maka semakin tinggilah darjat kita di sisi Allah dan manusia. Bukankah dalam Al Quran Allah telah menegaskan bahawa darjat ahli ilmu itu ditinggikan oleh-Nya berbanding orang yang tidak berilmu?

Justeru, Allah yang Maha Pencipta juga bersifat Maha Mendengar – "sami'". Dan salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah as Sami'. Allah maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan, luahan rasa daripada hamba-hambanya pada setiap masa, tempat dan ketika. Allah adalah "kekasih" setia yang sentiasa mahu mendengar rintihan hamba-hamba-Nya. Jika kekasih di kalangan manusia akan jemu jika masalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali sebaliknya Allah tidak pernah jemu...


Allah mulia dan agung kerana kesudian dan kesediaan-Nya mendengar rintihan dan pengaduan manusia. Begitu juga jika ada manusia yang mahu mendengar rintihan dan pengaduan manusia yang lain… dia juga akan ditinggikan darjatnya. Allah sudi mendengar rintihan semua manusia tanpa mengira pangkat, darjat, harta dan rupa paras. Allah mendengar permintaan seorang raja, Allah juga mendengar rintihan seorang hamba. Allah Maha Adil…

Rasulullah juga seorang yang sentiasa memberi hak mendengar kepada sahabat, isteri dan pengikut-pengikutnya. Walaupun, baginda "orang besar" yang memimpin negara, tetapi masih sempat mendengar rintihan anak kecil yang terbiar di tepi jalan di satu pagi Hari Raya.

Di dalam mesyuarat, baginda sering mendengar pendapat sahabat-sahabatnya. Kekadang baginda ada pandangan, tetapi dirasakannya ada pandangan lain yang lebih tepat… maka diambilnya pandangan yang lebih tepat itu!

Bagaimana dengan kita? Ah, kekadang pangkat tidaklah setinggi mana… namun egonya sudah setinggi langit. Konon kitalah yang paling bijak dan mulia.

Anda tidak perlu banyak cakap untuk disenangi dan disayangi, cukup dengan menjadi pendengar. Lihat mata orang yang bercakap, buka telinga dan hati, dengarlah dengan penuh simpati dan empati… nescaya orang akan jatuh hati. Bila anak-anak menghampiri kita, pegang tangannya, dengarlah apa yang dikatakan dengan penuh perhatian.  Jika pekerja bawahan muncul di muka pintu, layanlah dengan baik dan dengarkan luahan bicaranya.

Insya-Allah dengan menjadi pendengar yang baik, kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan-jeritan pedih. Berapa banyak bisikan yang dibiarkan sepi, akhirnya bertukar menjadi jeritan yang memeritkan. Isteri ingin mengadu, suami menjauh. Anak hendak bercakap, ibu-bapa membentak menyuruh diam. Pekerja ingin berbincang, dituduh ingin mogok dan tunjuk pandai. Rakyat ingin memberitahu, kononnya pemimpinlah yang  serba tahu… Terlalu banyak bisikan yang dipinggirkan dan disisihkan.

Akhirnya, bisikan menjadi jeritan. Anak derhaka, suami isteri bercerai berai, pekerja lari, rakyat berpaling tadah… Semuanya gara-gara dan angkara sikap mendengar yang semakin terhakis dalam kehidupan dan pergaulan. Pesanku untuk ku dan untuk mu… jangan biarkan mulut menjadikan telinga kita menjadi tuli! 

Sumber:  Putera.com 

Please... juz listen...

Friday, March 30, 2012

Bilakah Doaku akan dimakbulkan ???


Apabila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu

"Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir/dekat (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-KU. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-KU dan hendaklah mereka beriman kepada-KU supaya mereka menjadi baik serta betul
(Al Baqarah:186)

Apabila Dia lambat makbulkan doamu, Dia ingin mengujimu

Menurut al-Khatabi: "jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hati atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan, atau menggantikannya dengan pahala"

Menurut hukama:  "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta atau diberikan ganjaran pada hari Kiamat".

Apabila Dia tidak makbulkan doamu, Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya
(Surah al-Baqarah:216)

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah,

"Aku bersama sangkaan hamba-KU terhadap-KU, maka bersangka tentang-KU apa sahaja yang kamu ingini."
(Hadis Kudsi)

Petikan:  Putera.com -  untuk renungan dan Muhasabah/Motivasi Diri.

Monday, October 31, 2011

Bersabarlah Duhai Hati...


Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.
Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.
Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.
Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.
Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.
Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.
'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.
Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)
Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.
Ya Allah... Engkau Yang Maha Mengetahui... 

Tuesday, June 7, 2011

Al Fatihah untuk yang telah pergi...

Pagi2 tadi aku terima sms dari boss.  Ibunya yang dikasihi telah pergi buat selamanya.  Innalillah hiwainnailaihirojiun... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan hamba2Nya yang soleh dan solehah.  Amin.

Demikianlah hidup ini.  Kita hanya penghuni sementara di dunia ini.  Bila2 masa sahaja akan dijemputNya kembali.  Maka akan tinggallah segala yang dikasihi, segala yang dimiliki....Bagi yang tinggal pula... kesedihan dan kerinduan tidak dapat digambarkan.  Cuma ketabahan dan kesabaran serta doa yang boleh mengiringi yang dikasihi.  (Takutnya untuk menghadapi saat2 begini... huhu...)

Hmmm... semua teman2 di Unit ni dah pergi melawat ke Taiping, Perak.  Well.. tinggal aku sorang2 jer kat Unit ni...  Jaga kedai... hehe... Apa nak buat ni??? Nak ikut tadi, terasa jauh la pulak... mahunya 4 jam perjalanan.  Nanti balik mesti dah petang atau malam...

Jom hayati terjemahan Talqin ni... mudah2an memberi sedikit manfaat untuk aku dan kalian semua... 

Terjemahan Talqin

Bismillah hir rah man nir rahim. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala. Wahai NAMA Bin NAMA IBU, wahai NAMA Bin NAMA IBU, wahai NAMA Bin NAMA IBU, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat .. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar- benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai NAMA Bin NAMA IBU, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai NAMA Bin NAMA IBU, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh- gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: 'La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah'. Wahai NAMA Bin NAMA IBU tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar. Insaflah wahai NAMA Bin NAMA IBU, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Tuesday, April 26, 2011

Saya dah bosan hidup... nak resign boleh? hahahah...

Seorang lelaki berjumpa dengan seorang Guru. Katanya: "Guru, saya sudah bosan hidup. Benar-benar bosan. Rumah tangga saya porak peranda. Usaha saya kacau. Apapun yang saya lakukan selalu gagal. Saya ingin mati". Sang Guru tersenyum: "Oh, kamu sakit". "Tidak Guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya bosan dengan kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati". Seolah-olah tidak mendengar kata-kata lelaki tersebut, Sang Guru berkata, "Kamu sakit. Penyakitmu itu bernama 'Alahan Hidup'. Ya, kamu alahan terhadap kehidupan".

Banyak sekali di antara kita yang alah terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma kehidupan. Hidup ini berjalan terus. Sungai Kehidupan ini mengalir terus tetapi kita menginginkan keadaan status-quo. Kita tidak melakukan apa-apa, kita tidak ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit.

Penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit. Usaha pasti ada pasang-surutnya. Dalam berumah-tangga, pertengkaran kecil itu memang wajar. Persahabatan pun tidak selalu mesra. Apakah yang abadi dalam hidup ini? Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.

"Penyakitmu itu boleh disembuhkan, asal kamu benar-benar bertekad ingin sembuh dan bersedia mengikuti petunjukku", kata Sang Guru. "Tidak Guru, tidak. Saya sudah betul-betul bosan. Tidak, saya tidak ingin hidup lebih lama lagi", lelaki itu menolak tawaran sang Guru. "Jadi kamu tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati ?", tanya Sang Guru. "Ya, memang saya sudah bosan hidup", jawab lelaki itu lagi. "Baiklah. Kalau begitu besok petang kamu akan mati. Ambillah botol ubat ini. Malam nanti, minumlah separuh isi botol ini. Sedangkan separuh sisanya kau minum besok petang jam enam. Maka esok jam lapan malam kau akan mati dengan tenang".

Kini, giliran lelaki itu menjadi bingung. Sebelumnya, semua Guru yang dia temui selalu berupaya untuk memberikan semangat hidup. Namun, Guru yang satu ini aneh. Bukan memberi semangat hidup, malah menawarkan racun. Tetapi, kerana dia memang sudah betul-betul bosan, dia menerimanya dengan senang hati. Setibanya di rumah, dia terus meminum setengah botol racun yang disebut 'ubat'oleh Sang Guru itu tadi.
Lalu, dia merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Begitu rileks, begitu santai! Tinggal satu malam dan satu hari dia akan mati. Dia akan terbebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam bersama keluarga di restoran Jepun. Sesuatu yang tidak pernah dia lakukan selama beberapa tahun terakhir. Ini adalah malam terakhirnya. Dia ingin meninggalkan kenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya amat harmonis. Sebelum tidur, dia mencium isterinya dan berbisik, "Sayang, aku mencintaimu". Sekali lagi, kerana malam itu adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis.

Esoknya, bangun dari tidur, dia membuka tingkap bilik dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia tergoda untuk melakukan jalan pagi. Setengah jam kemudian dia kembali ke rumah, dilihat isterinya masih tertidur. Tanpa membangunkannya, dia masuk dapur dan membuat dua cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis! Sang isteri merasa aneh sekali dan berkata : "Sayang, apa yang terjadi hari ini? Selama ini, mungkin aku salah. Maafkan aku sayang".

Di pejabat, dia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Pekerjanya pun bingung, "Hari ini, Boss kita nampak aneh ya?" Dan sikap mereka terhadap dia pun turut berubah. Mereka pun menjadi lembut. Kerana siang itu adalah siang terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis! Tiba-tiba, segala sesuatu di sekelilingnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih toleran, bahkan menghargai terhadap pendapat-pendapat yang berbeza. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Dia mulai menikmatinya.

Pulang ke rumah jam 5 petang, dia melihat isteri tercinta menunggunya di depan rumah. Kali ini isterinya memberikan ciuman kepadanya sambil berkata, "Sayang, sekali lagi aku minta maaf, kalau selama ini aku selalu menyusahkan kamu". Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, "Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu tertekan kerana tingkah laku kami". Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali.Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia melupakan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol 'ubat' yang sudah diminumnya petang semalam? Dia terus pergi menemui Sang Guru. Melihat wajah lelaki itu, Sang Guru terus mengetahui apa yang telah terjadi dan berkata, "Buang saja botol itu. Isinya air biasa. Kamu sudah sembuh! Apabila kamu hidup pada ketika ini (live the moment), apabila kamu hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemput kamu pada bila-bila masa saja, maka kamu akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Berlembutkan dengan hidupmu, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kamu tidak akan bosan. Kamu akan mula merasai hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan".   

Lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada Sang Guru, lalu terus pulang ke rumah untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Semenjak hari itu, dia tidak pernah lupa untukhidup pada ketika ini (live the moment). Itulah sebabnya, dia selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP.




Wednesday, March 30, 2011

Care giver

Bayangkan sedang enak2 menjalani kehidupan bersama keluarga, tiba2 anda terhantuk dengan berita salah seorang anggota keluarga jatuh sakit.  Bukan alang2 penyakit pulak tu,  penyakit kronik seperti kanser contohnya...

Buat permulaan mungkin tak terkata apa2.  Otak beku jer masa tu...tak terfikir apa2... itu aku la... (orang lain mungkin berbeza...)  Tapi mahu tak mahu, suka tak suka, kena fikir gak... Insiden demi insiden menuntutku untuk menyedari bahawa aku kena berubah!!  Dari seorang  yang selama ini bergantung sepenuhnya kepada suami kepada seorang yang boleh berdikari dan melakukan segalanya sendiri.  Bukan itu sahaja malah aku harus menjadi penjaganya...  Care giver kata orang putih :-)   Wow... mampukah aku melakukan semua itu?  Mampukah aku jadi sehebat itu?...

Untuk melakukan dengan sebaik yang mungkin aku cuba mencari sedikit panduan dari internet.  Hasilnya, ku temui  artikel2 tentang care giver.  Kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris.  Aku cuba rangkumkan sebahagian yang ku fikirkan bersesuaian dan dengan sedikit penambahan dari pendapat dan pengalaman ku sendiri. Selain dari sebagai  panduan untuk diri sendiri, aku juga berharap ianya dapat memberi sedikit manfaat kepada yang lain terutama  kepada mereka yang tiba2 terhantuk seperti ku... :-)

1.  First and foremost, control your temper.  Yer betullll.... Yang paling utama, kawal temper anda.  Orang sakit ni sangat sensitif dan mereka juga dengan mudah boleh naik darah - selalunya emosi mereka tidak begitu stabil.  Bukan kita jer yang terhantuk, pesakit pun terhantuk lagi teruk..:-)   Contohnya hubby aku,  dulu dia lah 'king of the family' - taking control of everything.  Tiba2 bila jatuh sakit  dia terpaksa  pula bergantung kepada orang lain.  Tentu sukar untuk pesakit menerima kenyataan ini.  Mungkin juga kadang2 mereka berasa agak kecewa dan tanpa sedar bersikap agak kasar... Inilah yang care giver kena faham dan terima dengan hati terbuka. Jangan mudah ambil hati... Forgive and forget jer la... In other words - "Please be patient with your patient"...

2.  Cuba lakukan dengan sesimple yang boleh  (keep it simple) - contohnya jangan terlalu memikirkan sangat  atau berlebih2 memberi perhatian kepada pesakit.  Terlalu menjaganya sehinggakan anda tidak membenarkan dia melakukan apa2 selain dari berbaring di katil tidak akan memberi kebaikan kepada pesakit   Ini hanya akan menyebabkan pesakit berasa sangat tidak berupaya dan helpless.  Pesakit harus dibenarkan melakukan perkara2 yang boleh dilakukannya sendiri sekadar yang dia mampu.  Dengan itu secara tidak langsung  membantu mengembalikan keyakinan dirinya dan dapat memberikannya harapan bahawa dia akan kembali sihat. 

3.  Jangan lupa untuk jaga diri sendiri... bagaimana nak jaga orang sakit kalau diri sendiri tidak sihat?   Bukan sahaja secara fizikal, tetapi juga mental.  Makan minum kena jaga.  Dapatkan tidur dan rehat yang cukup.   Pendek kata kesihatan kena tip top.  Emosi lak kena sentiasa tenang, tidak tertekan dan semangat kena tinggi beb..!  Dalam menjaga emosi  ni, sebagai umat Islam ianya melibatkan perhubungan dengan Allah. swt.  Banyakkan berdoa, mohon kekuatan dariNya.  Berbual2lah dengan Allah, mengadu kepada Allah.  Bukankah Allah Maha Mendengar...? Kadangkala terasa berat sangat, rasa sedih, kecewa... Jangan layan perasaan tu... Lihat sekeliling, ada orang yang lebih berat ujiannya daripada kita.  Yer.., memang senang suruh bersabar, easier said then done... kata orang.  Tapi kenalah cuba... minta lah bantuanNya...  InsyaAllah.  Tak ada gunung yang tak boleh di daki, tiada lautan yang tak boleh direnangi.... Ada waktu2nya care giver juga perlu menangis... so menangis lah, asal saja jangan menangis di hadapan pesakit.  (Ni nak ingatkan diri sendiri... )  Pernah aku tak boleh kawal diri dan nangis depan hubby... Hubby lak yang kena pujuk aku... huhu...  Dia dah la sedih, tengok kita sedih, tentu dia lagi berganda2 sedih. ..  Bila dah nangis, dah rasa lega, kembalilah menjalankan rutin harian seperti biasa.  Bagi yang bekerja pula, selain dari menjadi care giver, kerja2 di ofis juga perlu dilaksanakan dengan baik. Banyak task yang kena buat kan.... Itulah cabarannya...

4.  Sesekali ambil masa untuk diri sendiri... Dalam artikel yang aku baca menyarankan bahawa care giver harus ada waktu santai yakni waktu memanjakan diri sendiri.  Contohnya mungkin seminggu atau 2 minggu sekali care giver patut keluar bersama rakan2 atau pergi memanjakan diri di Spa ataupun menonton movie... Satu cadangan yang baik, tapi... entahlah,  aku tak tahu lah whether aku boleh buat macam tu... :-)

5.  Be supportive. Kena jadi seorang yang sentiasa menyokongnya.  Berikan dia semangat - bukan sekadar kata2 tetapi dengan perbuatan.  Pakaian yang bersih dan kemas.  Tempat yang bersih, kemas dan selesa.  Letakkan hiasan seperti bunga atau sebagainya.  Potong kuku tangan dan kaki, begitu juga rambut, misai, janggut dipotong atau disisir rapi.  Rupa luaran boleh mempengaruhi semangat dalaman.  Apabila segak dan segar ia serba sedikit boleh merangsang penyembuhan.

6.   Jangan terlalu memaksa diri untuk jadi sempurna.  Maafkan diri sendiri jika kadangkala kerja yang dilakukan tidak begitu memuaskan, atau kadangkala ternaik angin oleh sesuatu.  Terimalah hakikat bahawa care giver juga adalah manusia biasa.  Kita perlukan pertolongan dan sokongan dari kaum keluarga dan sahabat handai. Jika ada yang ingin membantu, terimalah dengan hati terbuka.

7.    Menjaga orang sakit ni such an emotional job.  Ianya banyak melibatkan perasaan.   Risau, kasihan, kecewa, sedih, gundah dan berbagai rasa bercampur baur.  Kita selalu tertanya2 apa pulak yang akan berlaku esok?  Secara peribadi ku katakan even sekuat manapun daya tahan care giver ni, ada waktu2nya dia pun jatuh terduduk gak.  Cuma pastikan bila jatuh tu, bangun la cepat2...sapu dan kibas2 montot tu, senyum sikit dan teruskan perjalanan... Jangan buang masa meratapi, menangisi, mengeluh atau memaki hamun tempat jatuh tu... Kena selalu ingat bahawa tiada siapa yang boleh lakukan apa2 melainkan kita gak...:-) So move... move...!!! hahahah....

8.   Last sekali apa2 pon yang dibuat, kenalah lakukan dengan penuh keikhlasan.  Lillahitaala, bukan kerana nak kan apa2 balasan... Don't expect any award atau penghargaan.... dan jangan ditanya Tuhan "kenapa aku?"., "why me?".... DIA kan lebih tahu siapa kamu..? :-)

9.   Finally, LOVE... Kasihi dia setulusnya.... Because I love u....

Ok... Rasanyer itu jer la yang dapat ku fikirkan buat masa ni.... and wish me luck folks... :-)

Tq..!!! Maassalamah... Adiossssssss....

 BECAUSE I LOVE U (Shakin Steven)

If I got down on my knees and I pleaded with you
If I crossed a million oceans just to be with you
Would you ever... let me down?

If I climbed the highest mountain just to hold you tight
If I said that I would love you every single night
Would you ever... let me down?

Well I'm sorry if it sounds kinda sad, it's just that
Worried, so worried...
that you let me down

Because I love you, love you
Love you, so don't let me down


If I swam the longest river just to call your name
If I said the way I feel for you would never change
Would you ever.. fool around

Well I'm sorry if it sounds kinda bad, just that
Worried, cuz' I'm so worried
that you let me down

Well I'm sorry if it sounds kinda bad, just that
Worried, cuz' I'm so worried
that you let me down...

Because I love U...Love U...

Luv u... :-)
 

Tuesday, March 22, 2011

Berdoalah...

Sabtu, 19 Mac 2011 Kak Andak, Yop Syukri, Yop Junaidi dan Nana datang ziarah dan seterusnya bermalam di rumah ku.  Subuhnya, hubby tidak lepaskan peluang minta Yop Junaidi menyampaikan sedikit tazkirah selepas solat subuh di Surau At-Taqwa.  (Nama sebenar Yop Junaidi ialah Ahmad Junaidi.  Yop adalah anak arwah Alang iaitu abang ku yang nombor 3.  Nampaknya Yop mewarisi arwah atoknya menjadi seorang ustaz. Al Fatihah untuk arwah Alang dan arwah bapaku juga.  Semoga roh mereka dirahmati Allah.  Amin...

Sesungguhnya ilmu tu walaupun sedikit kalau diamalkan pasti akan membawa kebaikan.  Oleh itu mungkin dengan sedikit ilmu yang diberikan oleh Yop Junaidi ini dapat kita amalkan bersama.  Yop memilih untuk memperkata mengenai Peranan Doa Dalam Hidup InsanUd'uni Fastajib Lakum (Berdoalah Nescaya Aku Perkenankan “Call upon Me; I will respond to you.”) Demikianlah Allah berfirman dalam Surah Ghafir ayat 40:60.  Berdoalah... mohon lah... tadahkan tangan pada Tuhan mu... Kehidupan kita hari ini adalah hasil dari doa nenek moyang kita yang terdahulu.  Oleh itu kita pula harus menyambung doa2 tersebut untuk anak cucu cicit kita yang akan datang.  Doa juga dikatakan sebagai senjata orang mukmin.  Doa merapatkan ikatan kita dengan Allah.  Orang yang  selalu berdoa akan selalu berasa dirinya dalam perhatian Allah.  Selalu meletakkan pergantungan hanya kepada Allah.  Kata arwah apak. "Berdoalah kerana bila Allah detikkan hati kita untuk berdoa, maka memang Allah nak beri kita apa yang kita hajatkan itu".. contohnya kata apak lagi, "Kita tak pernah berdoa untuk jadi raja kan?... maknanya kita memang tak mungkin jadi raja...:-)"  Seringkali juga kita merasakan bahawa Allah tak makbulkan permintaan kita.  Sebenarnya tiada doa yang tidak dimakbulkan Allah.  Yop kata para ulama' membahagikan doa kepada 4 ketogeri:  

1.  Doa yang dikabulkan dengan serta merta - (selalunya ini adalah doa dari para rasul, nabi, wali2 Allah dan orang2 soleh.
2.  Doa yang dikabulkan tetapi agak lambat.  Entah selepas setahun, dua tahun atau bertahun2  mungkin...
3.  Doa yang digantikan dengan sesuatu yang lain.  Sesuatu yang lebih baik kerana hanya Pencipta yang tahu apa yang terbaik untuk yang diciptaNya.  Contohnya kita minta kekayaan harta, tapi sebaliknya Allah berikan  dengan anak yang ramai.
4.  Doa yang ditangguhkan hingga akhirat nanti.  Maknanya Allah beri ganjaran di akhirat nanti.

Jadi jelaslah bahawa tiada istilah doa yang tidak dikabulkan.  Cuma samada ianya cepat, lambat, digantikan dengan sesuatu yang lain atau ditangguhkan di akhirat kelak.  Oleh itu janganlah kita kedekut untuk menadah tangan memohon pada Yang Esa, pada Yang Maha Pemurah, pada Yang Maha Pemberi.  Berputus asa bukanlah sifat orang mukmin.  Teruskan berdoa, berdoa dan berdoa.

Rasulullah s.a.w sendiri sangat suka berdoa.  Di masjid baginda berdoa, di rumah baginda berdoa, di pasar  pun baginda berdoa.  Dinyatakan juga bahawa Rasulullah pernah bersabda bahawa setiap dari kita apabila bangun dari tidur di waktu pagi, kita dibelenggu oleh syaitan dengan 3 rantai.  Rantai yang pertama hanya akan terlerai apabila seseorang itu membaca doa bangun dari tidur.  Jika tidak hafal dalam Bahasa Arab, baca sahaja dalam Bahasa Melayu yakni "Dengan nama Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mati sebentar tadi".  Rantai yang ke-2 pula hanya akan terlerai  apabila seseorang itu mengambil wuduk dan seterusnya rantai yang ke-3 akan putus bila mana seseorang itu mengerjakan solat subuh.  Bayangkan jika kita tidak melakukan ketiga2 perkara di atas, maka kita akan terus dibelenggu oleh rantai -rantai syaitan tersebut seharian dan mudahlah baginya untuk mendorong kita ke arah kejahatan dan perkara2 yang dimurkai Allah. 

Demikianlah serba sedikit ilmu yang ku perolehi di subuh Ahad hari tu.  Moga2 ianya memberi manfaat yang banyak dalam aku menjalani kehidupan ini, juga kepada anda yang sudi membaca blog ini.  Mungkin banyak lagi yang Yop perkatakan tapi hanya ini saja yang masih terlekat di fikiran ku.  Wallahua'alam...


Wednesday, March 9, 2011

Untuk mereka yang telah pergi...

Aku masih ingat dulu arwah bapaku ada ceritakan kisah ni semasa mengajar di surau.  Ku temui kisah ni dari hasil bacaan ku dan ingin ku kongsikan bersama pembaca budiman.  Sesungguhnya kita yang masih menghirup udara segar di bumi Allah ini masih boleh menyumbang sedikit pahala untuk mereka yang telah pergi mendahului kita... Janganlah kita melupai mereka...

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazy pergi ke  masjid untuk mengerjakan solat subuh.

Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah perkuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.

Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya terang gemerlapan.  Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.

"Wahai hamba Allah! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy.

"Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu.  "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazy lagi.  Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah,bacaan,ayat-ayat suci Al Quran dan doa.  Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada  hari Jumaat.  Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.  Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.  Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.  Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.

Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. Lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan berita keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya.

Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Mazy terus pergi mencari ibu pemuda tersebut.  Setelah mencari ke sana  kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.

Si ibu menangis mendengar keterangan Al Mazy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.  Kemudian ia berkata :  "Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan  hatiku, dia keluar dari dalam perutku.  Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah  tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."

Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al Mazy lalu  bangun meninggalkan wanitatersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.  Dia masuk  ke dalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu  dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. InsyaAllah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."

Salih Al Mazy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.  Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.


Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah.  Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari  kubur masing2.  Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang  cantik serta mukanya kelihatan sangat gembira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :  "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu.  Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari Jumaat." katanya lagi.  "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.  "Ya, Tahu." "Apa tandanya?" tanya Al Maizy lagi.  "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata  "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."

Salih Al Mazy terjaga dari tidurnya.  Ia cuba mengingati mimpinya  dan merasa gembira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan Syarikat Nurulhas)