Hari ini 4 September adalah ulangtahun hari lahir mu. Kali ini aku dan anak-anak tidak lagi dapat mengucup tangan mu, makan bersama dan berdoa seperti selalu... juga tiada lagi ucapan 'Happy Birthday abah...' Di hari ulangtahun mu kali ini cuma doa dan Al Fatihah yang dapat kami hadiahkan. Namun rindu kami pada mu tidak pernah pudar... Mungkin dengan menatap gambar-gambarmu sedikit sebanyak dapat mengubat rindu kami. Wajah mu yang sering mengukir senyuman tak mungkin kami lupakan... kasih sayang, kesabaran dan ketulusan hati mu tidak mungkin terbalas... Sayang... terima kasih kerana menyintai dan menyayangi diri ini... Dan syukur ku tidak terhingga bahawa kita telah dikurniai dengan putera dan puteri yang baik. Mereka anak-anak yang begitu menyokong dan prihatin. Abah... umi selalu doakan yang terbaik untuk anak-anak kita dan InsyaAllah umi dan anak-anak akan cuba untuk jadi yang terbaik. Damailah abah di sana... Abah seorang suami dan abah yang baik.. pasti Allah tempatkan abah di tempat yang baik juga... Aminnnn...
"Hari ini dan hari-hari seterusnya pasti ada air mata dan ketawa, ada mudah dan payah, ada patah dan tumbuh, modal kita cuma satu, hadapilah segalanya sebagai hamba Allah. Mengaku lemah, untuk diperkukuhkan-Nya, mengaku jahil untuk diberikan ilmu, mengaku miskin untuk diperkayakan-Nya. Kita berusaha melurus segala tadbir, agar mampu menerima setulus segala takdir. Sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi terus bersedia untuk hadapi yang terburuk." - Genta Rasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment