I Follow...

Tuesday, August 5, 2014

KITA TETAMU SENJA.. (Di saat aku merindui mu...)


KITA TETAMU SENJA..

Tersenyum
seketika memikirkan perjalanan cinta yang hanya menemui jalan mati.
Tidak ada niat untuk melukakan hati siapa-siapa.
Soal hati aku juga tidak mampu memaksa.
Perjalanan ini sudah terlalu jauh.
Di mana penghujungnya aku sendiri tidak pasti.
Yang pasti cinta itu takkan ku ulangi.
Sakit yang aku rasakan masih terasa hingga kini.
Kecewa yang asyik menyelubungi.
Nekad,
hanya cinta Allah yang akan ku buru.
Namun,
jika cinta itu bertandang lagi biarlah pencarian cintaku berakhir di atas sandaran cintamu...




 

Wednesday, June 11, 2014

Cuti kami di Langkawi... (coretan buat abah....)

Assalamualaikum.  Tergerak hati untuk menulis hari ni.  Sebuah coretan untuk abah konon... huhu... (Rasa rindu nak cerita ceriti ngan abah...) :-(

Abah, 
Kita dah ada menantu.  Kalau dulu, kita pergi jalan-jalan, kita berenam jer.  Tapi sekarang dah bertujuh.  Sedih juga rasanya sebab abah tidak dapat bersama.  Tentu abah gembira melihat anak-anak telah meningkat dewasa... Betapa 'sihatnya' badan Faiz, Amik pulak kurus sekeping, Solihah.. hmmm ramai yang ingatkan dia masih di sekolah rendah.  Umi boleh bayangkan senyuman lebar abah...hmmm..tak apalah segalanya telah ditentukan.  Abah.., sekarang budak-budak tu ada abi... boleh juga menumpang kasih.  Senang juga hati umi bila lihat anak-anak terhibur dan gembira.  Syukur kepada Allah, abi seorang ayah yang baik juga untuk mereka...  Lebih-lebih lagi Solihah... ada-ada sajer permintaannya dan abi selalu sedia memenuhi.  Umi dapat rasakan Solihah sangat rindukan abah... Selalu dia mencari-cari persamaan antara abah dan abi.  Umi faham, sebenarnya dia cuba untuk mencari abah pada abi... Abah jangan bimbang, abi tu bagus orangnya.  Insha Allah umi dan anak-anak cuba menjalani kehidupan ini dengan sebaik mungkin.  Satu hari nanti kami juga pasti menurut jejak abah... Doa umi agar kita semua diberkati dan mendapat redho Allah sentiasa. Amin...

Abah,
Baru-baru ni selepas majlis resepsi Wani di rumah Fazryn (pada 31 Mei yang lalu) di Selama kami semua bercuti di Langkawi.  Uda, Kak Uda dan Syakirin pon ikut sekali.  Seronok budak-budak tu mandi kolam, naik bot (island hopping), pegi underwater world dan shopping sikit-sikit.  Hahaha... rabak juga poket abi... :-)  Thank u abi..! Itu pun Solihah agak kecewa kerana tidak berpeluang untuk menaiki kereta kabel sebab hujan ketika tu.  Memang advanture juga percutian kali ini sebab dalam cuaca hujan kami naik bot untuk island hopping tu, habis basah kuyup.  Rasa gerun juga bila di lambung ombak di tengah laut tu.  Tapi alhamdulillah semuanya selamat dan rasa gembira.

Duhai abah... bohonglah jika dikatakan kami semua tidak rindukan abah.  Kami sentiasa ingat dan hadiahkan al-Fatihah untuk abah.  Moga abah dihimpunkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.  Amin...

Sesungguhnya abah, banyak lagi yang umi nak cerita pada abah... tapi lain kali jer la... sebab kalau umi cerita panjang-panjang umi rasa nak nangis... huhu..

Ini gambar kitaorang masa cuti di Langkawi hari tu... (Terima kasih Allah kerana memberikan aku kesempatan ini bersama mereka-mereka yang ku kasih...)


Mom and the girls... (puteri-puteri kesayangan ku...)

Masing-masing basah kuyup kena hujan... hehe..

Kena jalan naik bukit turun bukit untuk ke Tasik Dayang Bunting..



Terbaekkk.... :-)

Makam Mahsuri

Underwater World

@ Laksa Ikan Sekoq..

Wednesday, May 14, 2014

SOROTAN SUKU PERTAMA 2014 (Part 1) :-)

Sedar tak sedar dah mencecah suku pertama tahun 2014.  Bermakna sudah sekian lama tidak ku jenguki blog ku ini.... :-)  

Ok... ini adalah apa yang berlaku pada suku pertama 2014 ini... :-)

(i)  Termaktubnya satu lagi peristiwa penting dalam lembaran hidup ku... Peristiwa yang tidak pernah ku jangka dan ku duga... Namun di sebalik pelbagai rasa, segalanya berjalan dengan lancar.  Alhamdulillah.. Syukur pada Ilahi atas segala kurniaNya.  Biar apa jua tanggapan dan anggapan itu bukan urusan ku.  Allah telah mengatur segalaNya dan Dia tidak pernah menjadikan sesuatu dengan sia-sia..  :-) 



Ya Rahman Ya Rahim...

Jadikan daku
Isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati..
Amin…






Wednesday, February 26, 2014

Kisah mencari belon... :-)

Kongsi kisah cari belon (copy and paste dari facebook)

Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar Senyumlah bersama Ustaz Sobri.

Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Sobri memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon. Belon ditiup besar dan diberikan kepada Ustaz Sobri.

Ustaz Sobri melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon. Lima orang pertama akan mendapat hadiah.

Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut. Para peserta berebut, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing.

Suasana cukup melemaskan. Lima minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka.
Ustaz Sobri tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon.

Dalam masa tiga minit, semua mendapat kembali belon masing-masing.

Ustaz Sobri tersenyum lagi.

Wahai anakku,
Inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia. Semua orang mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana. Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan.

Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri. Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain. Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi.





Thursday, February 6, 2014

Yang paling baik, yang paling cantik... (Hargailah yang berada di sisi mu sekarang...)

Murid : Cikgu...bagaimana kita nak pilih seseorang yg terbaik? seseorang yang paling kita sayang? mcmana juga kasih syg tu nak berkekalan?

Cikgu : Orait...buat apa yg saya suruh... Awak pegi kat padang... jalan jer atas padang tu sambil tengok rumput2 di depan awk... pilih la yg PALING CANTIK! jangan sesekali toleh belakang lagi.. Ingat... pilih yg hanya di depan awk... bukan di belakang.. PILIH YG PALING CANTIK dan bila dah dapat bawa pada saya....


Setelah beberapa ketika murid tersebut kembali ke kelas... Tapi tiada pun walau sehelai rumput di tangannya...


Cikgu : Laaa... kenapa tak ambik rumput? kan banyak rumput di padang tu?


Murid : Tadi masa berjalan..memang la banyak rumput yg cantik.. tapi cikgu kata amik yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang! sy dah nak amik rumput yg cantik tu... tapi ada lagi yg lebih cantik di depan... sy teros la berjalan.. ada lg paling cantik di depan.. Tapi last2...sampai hujung padang..sy x jumpa pon yg paling cantik.. mungkin yg paling cantik tu ada kat belakang tapi sy tak boleh nak undur balik untuk ambil...tak boleh..sebab cikgu kata pilih yg di depan saja... Jadi,tiadalah rumput yg sy petik..


Cikgu : Ya.. itu la jawapan yg awk cari...  Maknanya.. APABILA KITA DAH JUMPA ORANG YG KITA SAYANG ....JANGAN LA KITA NAK CARI YG LEBIH ELOK DARI ITU... KITA PATUT MENGHARGAI ORANG YG ADA BERSAMA KITA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA... JANGANLAH TOLEH KE BELAKANG LAGI..SEBAB APA YG DAH BERLALU TU TETAP BERLALU...  DAN INGATLAH..ORANG YG PALING KITA SYG ITU LA PALING BAIK DAN PALING CANTIK. WALAU DIIKUTKAN ADA LAGI YG LEBIH BAIK DI DEPAN SEPERTI AWAK MENCARI RUMPUT TADI...(TAPI IA BUKAN MILIK AWAK...)

 

Tuesday, December 17, 2013

...and they live happily ever after... :-)


 Hebat sungguh resepsi Cik Ta ni... Macam puteri dalam cerita-cerita fairy tales...

Semoga berbahagia berpanjangan...





Monday, December 16, 2013

Papadom 2...

Hahahahhh... Boleh pulak aku menangis menonton Papadom 2 malam tadi.  Hmmm... orang sebelah pandang cam pelik jer... :-)  Wani dan Shiha lak... (biasalah bukan diaorang tak biasa ngan umi ni kan...?)  Nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada semua insan sekeliling.  You all memang supportive sangat juz macam orang-orang di sekeliling Papadom... Sayanggggg semua..!!!



Lepak-lepak sebelum masuk panggung

Tuesday, December 10, 2013

Sampai hati abah.... :-(

Wah..wah..wah... Sangat lama tidak ku jenguk blog ku ini.  Banyak juga perkara yang berlaku dan banyak juga yang terpendam,.. namun jari-jemari ini malas untuk mengetuk-ngetuk keyboard...:-)

Dan... begitu pantas masa berlalu... diam tak diam dah setahun lebih hubby pergi.  Diam tak diam juga hari ini (10 Disember 2013) buat ke-2 kalinya aku mengingati ulangtahun perkahwinan kami bersendirian... tanpa dia di sisi...:-(

Abah, pada 30 November 2013 yang lalu telah berlangsung majlis pertunangan Wani dan Fazreen. Insha Allah bulan Mac 2014 nanti mereka akan diijab kabulkan.  Bersatu juga mereka berdua tu kan bah?... :-) Kalau abah ada mesti abah sibuk uruskan segalanya... huhu.. sampai hati abah tinggalkan kami, abah biarkan kami lakukan segalanya sendiri...abah tidak ada bersama semasa ambil keputusan UPSR Shiha, abah tak sempat bawa Shiha ke Pejabat Pendaftaran untuk buat kad pengenalan.. Masa bakal ibu mertua Wani sarungkan cincin dijarinya pun abah tak ada... tiada hilai tawa abah menyambut tetamu-tetamu yang datang...dan hari ini pun abah tak ada untuk bersama meraikan ulangtahun perkahwinan kita... huhu...sampai hati abah...



Al Fatihah... semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh... Amin..