
"Hari ini dan hari-hari seterusnya pasti ada air mata dan ketawa, ada mudah dan payah, ada patah dan tumbuh, modal kita cuma satu, hadapilah segalanya sebagai hamba Allah. Mengaku lemah, untuk diperkukuhkan-Nya, mengaku jahil untuk diberikan ilmu, mengaku miskin untuk diperkayakan-Nya. Kita berusaha melurus segala tadbir, agar mampu menerima setulus segala takdir. Sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi terus bersedia untuk hadapi yang terburuk." - Genta Rasa
Showing posts with label What's Cooking..(Eve's Kitchen). Show all posts
Showing posts with label What's Cooking..(Eve's Kitchen). Show all posts
Monday, July 29, 2013
Wednesday, July 17, 2013
Whats cookin' babeh... :-)
Biasa la kan, bulan Ramadhan ni selain dari amalan-amalan yang disarankan yang lebih popular ialah MAKANAN..!!!
Hari ni dah hari ke-8 puasa, belum sekali pun ku kunjungi Bazar Ramadhan. Masak sendiri jer, lagipun tinggal kami 3 beranak jer... Sejenis lauk dan sejenis sayur... cukup la yer anak-anak ku... :-)
Hidangan biasa-biasa jer pon... sajer nak show off... hahahah.... Layannnnnnnn...
(Ya Allah berkati lah rezeki yang Kau beri dan jauhkan kami dari azab api neraka...)
Aminnn...
Alhamdulillah... syukur atas rezeki yang dikurniakan Ilahi...
Wednesday, August 1, 2012
12 hari dah puasa....
Well well well...
Pejam celik, pejam celik dah 12 hari kita menjalani ibadah puasa.. Tak lama lagi sibuk nak berhari raya la pulak. Tak tahu lah bagaimana nak berhari raya tahun ni. Emak tak sihat dan berada di rumah Kak Anjang. Rumah emak dah tinggal kosong sejak beberapa bulan yang lalu... Macamana nak balik raya ni? Tak kan nak beraya di rumah Kak Anjang kot? Anak2 dia pun balik raya jugak... Hmmm.. nampaknya kena balik awal sikit, kemas2kan rumah emak. Dengan keadaan hubby yang tak berapa sihat tu, nak beraya pun dah rasa macam malas jer... Iyer la dulu hubby sihat, boleh gak jalan2 ziarah sanak saudara, bersuka ria, makan-makan. But now.... huhu..
Hmmm.. tak per lah.. Daripada fikir pasal Hari Raya, baik tengok juadah iftar ni.. hehe.. Tapi makan, makan jugak, ibadah kena tingkatkan sempena bulan yang mulia dan penuh barakah ini...
K lah, layan jer la menu iftar ku (yang tak berapa rajin memasak ni..) Jeng jeng.. jom layannnnn...
![]() |
Sweet sour chicken ball |
![]() |
Popia goreng yang dibeli di pasar Ramadhan.. sedap sos dia.. :-) |
![]() |
Masak lemak cili api ikan 'omega 3'.. hehe.. |
![]() |
Tomyam |
Thursday, July 26, 2012
Nak masak aper ek?
Aduhai.. belek-belek blog orang, punya la banyak resepi masakan. Juadah berbuka puasa? Jangan cerita la.. semuanya nampak sedapppp sangattttttt!!!!. Rasa macam nak buat semuanya (walaupun aku ni tak pandai cum malas memasak..) Bila ku intai blog2 mereka ni, memang rajin betul la diaorang ni masak. Kreatif pulak tu... Bestnyer duduk serumah ngan korang. Bertuah suami dan anak-anak korang ek..
Aku ni pulak tengah fikir apa nak masak untuk hubby. Bubur nasi tiap-tiap hari pun boring jugak dia. Semalam langsung dia tak mahu makan bubur nasi, makan kuih jer... Entah, buntu juga otak aku memikirkannya... hmmm...
Namun demikian, hahahah... aku pun nak juga mempersembahkan beberapa juadah yang aku buat dan yang aku beli... kuang3... Layan jer la ekkk..
![]() |
Dadih susu ni aku buat sendiri pada hari 1st puasa... (resepi ehsan dari Ina - my colleage) - thnks Ina :-) |
![]() |
Ini pulak kari ayam yang juga hasil air tangan ku... (masih dok atas dapor tu... hehe..) |
![]() |
Roti John.. dah tentu la beli kat pasar Ramadhan... |
![]() |
Salad untuk berbuka puasa pada hari ke-2 puasa (kalau tak silap la...) di makan dengan nasi planta dan ayam golek yg aku beli di pasar Ramadhan |
![]() |
Ini kuih kegemaran hubby. Semalam dia hanya makan kuih2 ni jer.... |
Friday, April 6, 2012
Kek Pisang Kent... :-)
![]() |
Kek ni mampat sebab aku salah guna soda kot... hehe.. |
Jumaat lepas (seperti entry terdahulu) anak buahku Yop Junaidi bawa setandan pisang dari kampung. Sebahagian darinya dah dibuat cucur oleh Mazidah (isteri Yop) pada pagi Sabtu tu. Ada sebahagian lagi yang dah masak ranum masih tinggal. Apa pulak aku nak buat dengan pisang ni...? So hari Isnin tu aku tanya temanku Kent (yang rajin masak) resepi untuk buat Kek Pisang. "Senang jer...", kata Kent. Malam tu aku pun jalankanlah projek buat kek ni dan esoknya bawa ke pejabat. Nak tau apa budak-budak Kewangan ni kata..? "Kak, ini bukan kek pisang, ini bingka..." Hmmm...whateverlah adik-adik oiiii.... Akak rasa akak dah tersilap guna soda kot... Apa-apa pun nah, ku perturunkan jua resepinya:
2 1/2 cwn pisang
1/2 cwn gula
2 biji telur
1/2 cwn minyak
soda bikarbonate
2 1/2 cwn tepung
Caranya:
Semua bahan di atas kecuali tepung diblender. Masukkan adunan tadi ke dalam bekas lain dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati. Panaskan ketuhar dan bakar hingga masak. Cubalah... :)
Monday, August 15, 2011
Tepung Pelita...
Saat-saat kritikal nih... ngantok tahap gaban...!!! So nak ilangkan mengantuk aku jalan-jalan cari resepi tepung pelita. Sejak puasa ni boleh dikatakan hari-hari kami beli tepung pelita kat pasar Ramadhan Bangsar. Sedapppp... Seluruh family pun suker... So ingat nak buat la... hehe... Bila semak-semak resepinyer senang jer... tak payah kukus ek? Ni ha resepinyer..(aku c n p dari myresipi.com) Nnt nak cuba lah.... :-)
Tepung Pelita
Resepi : Kak Yani
(Dapat dalam 12 cups kecil)
Bahan :
· 1 cawan tepung beras
· 1 cawan gula
· 5 cawan air
· 4 sudu besar tepung beras
· 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
· 4 helai daun pandan dimesin dengan sedikit air
· sedikit kapur
· sedikit garam
· sedikit warna hijau
Cara membuatnya :
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati. Mas tambah sedikit warna hijau sebab daun pandan sedikit.
2. Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yang diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7. Sejukkan
Wednesday, May 18, 2011
Sunday, May 15, 2011
Nasi Dagang anyone?!!! :-)
Sunday, May 8, 2011
Saturday, April 9, 2011
Peanut Butter Chicken...
2, 3 hari ni hubby tak begitu berselera makan. Hubby gak tak boleh makan yang pedas2. Katanya lidahnya dah nipis...memang aku tengok pun lidahnya merah dan mudah berdarah...Sian hubby... huhu... Mungkin ini kesan ubat yang diambilnya. So balik kerja semalam aku berfikir2 apa nak masak? Finally teringat aku ada tonton dalam AFC Channel masakan "Peanut Butter Chicken". Aku agak masakan ni tak pedas sebab gunakan sos jer... Hasilnya...? Boleh la... :-) Nah... ini resepinya...
Peanut Butter Chicken
Beberapa ketul ayam (tanpa tulang) - digaul dengan tepung gandum, kunyit dan garam. Goreng dan ketepikan.
Bawang besar (potong dadu), bawang putih dan halia (hiris) (Aku tak pasti la dalam resepi sebenar yang aku tengok tu bubuh ke tak?) - Aku belasah sesuka hati jer masakan ni... :-)
Sos cili, sos tomato dan sos tiram
Cili banggala (potong dadu), 1 sudu peanut butter
Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan 1 sudu peanut butter. Tambah sedikit air. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan juga cili banggala. Jika kurang masin, tambahlah garam secukup rasa. Dah siap... Senangkan? Jom makan...
Subscribe to:
Posts (Atom)