I Follow...

Monday, February 28, 2011

Allah Engkau Dekat, Penuh Kasih Sayang...(VIII)

Hmmm... :-)  Ape2 pun lebih baik dimulai dengan senyuman.  Kata orang senyuman boleh menyamankan hati.  Bukan sahaja kepada yang melihat, tetapi juga kepada si pemberi senyuman.  Tidak hairanlah dikatakan bahawa "Senyuman itu satu sedekah..."

Ok, now nak update sikit mengenai keadaan hubby tersayang.  Pagi tadi kami ke hospital untuk mendapatkan result CT scan yang dilakukan pada hari Khamis yang lalu.  Nasib baik Fahmi yang kebetulan cuti sakit kerana batuk menemaniku hari ini.  Kalau tidak susah juga aku kerana hubby tak boleh berdiri.  Dia tak boleh balancekan badan dengan baik.  Bila berdiri jer, dia rasa pening dan nak tumbang.  Jadi kami terpaksa menolaknya dengan menggunakan kerusi roda.  Hubby kata "malu rasanya dok kat kerusi roda ni..."  Hehe... tak per la yang... bukan orang kenal pon...

Dipendekkan cerita, setelah menunggu, tibalah giliran hubby untuk menemui doktor.  Oleh kerana bilik doktor tu agak sempit, hanya aku dan hubby jer yang masuk.  Fahmi tunggu di luar.  Bilik No. 5, Dr. Pang.  Senyum jer Dr. Pang ni... Setelah tanya sikit2 keadaan my hubby, doktor tu pun bukalah result CT scan kat screen komputernya.  Dan...keputusannya, memang benar cancer tu dah pegi ke otak.  Tidak pula doktor tu katakan berapa cm tumor tu... Bila aku tanya besar ke kecil, doktor kata "ooo.. besar la juga..."   Aku nampak pun  memang agak besar la juga.  (Betul ke apa yang ku lihat tu, aku pun tak pasti, cuma lihat jer arah cursor yang doktor tu tunjukkan)  Ianya terletak di sebelah kanan, bahagian bawah.  Kata doktor kat situlah bahagian yang control kita punya balance dan pergerakan.  (The cerebellum  is a part of the human brain. It is the part of the brain that that is responsible for human movement, co-ordination, motor control and sensory perception).  Sebab tulah hubby sukar kawal pergerakannya dan sukar untuk balancekan badannya bila berdiri.  

Akhirnya apa yang tidak mahu ku fikirkan, apa yang amat ku takuti terjadi itu, terjadi. juga...  "Ok eve... sabar... Allah sedang menguji mu..." itu jer yang ku bisikkan pada diri sendiri...

Doktor kata, "saya akan beri ubat (dexamethasone) untuk kurangkan bengkak sementara tunggu untuk buat radioterapi dan saya akan rujukkan kamu kepada bahagian Onkologi".  Doktor tu pun tulislah surat rujukan yang agak panjang ke bahagian Onkologi - siap tulis kat envelop tu URGENT dan  arahkan kami ke bahagian Onkologi untuk buat appointment.  Rupanya di bahagian Onkologi ni tak boleh dapat date of the appointment immediately.  Receptionist tu suruh kami balik dulu dan akan call kemudian.  Tapi tadi, sebaik jer sampai rumah, hubby terima call yang menyatakan bahawa apppointment untuk hubby telah ditetapkan pada 2 Mac 2011, hari Rabu ni pukul 9.00 pagi.  Hmmm... nampaknya kena ambil cuti lagi la hari Rabu ni.... Ya Allah, permudahkanlah segalanya...

Masalah ku sekarang ialah bagaimana nak tinggalkan hubby sendirian di rumah sewaktu aku bekerja?  Siapa nak ambil Solihah dari sekolah?  Nak harapkan pada Faiz jer, dia pun sibuk dengan kuliahnya.  Sekolah agama pula, ku putuskan untuk berhentikan saja.  Tak payahlah Shiha ke sekolah agama yer?.. Sekurang2nya Shiha boleh temankan abah.  Aduhhh... tak larat dah nak fikir. 
 
Cukuplah  ceritaku hari ni.  Aku terlupa bawa telefon semasa ke hospital tadi.  Sebab tu lah tiada gambar untuk entry kali ni...  Sibuk2 nak cepat pagi tadi, hingga tertinggal telefon.  Sekalung terima kasih yang tak terhingga untuk putra tersayang, Fahmi yang setia bersama ummi hari ni... Lega sikit hati ummi bila Fahmi ada bersama... terima kasih sayang.... Oh.. tak lupa juga untuk putra ke-2 ku, Faiz yang telah mengambil tanggungjawab untuk mengambil Shiha kat sekolah tadi.  Iz... Faiz lah tempat ummi bergantung sekarang kerana Faiz lah lelaki harapan ummi selain abah... Kita doa sama2 agar abah sihat kembali k.... Amin.







  


1 comment:

  1. assalamualaikum akak...sabar ye...nie sume dugaan untuk akak...itu tandanya Allah sayang akak sekeluarga...

    ReplyDelete