I Follow...

Tuesday, March 29, 2011

Moga Kebaikanku Mengalahkan Kejahatanku...

26 Mac ~ tarikh aku dilahirkan ke dunia ini.  Kabarnyer pada pukul 5.00 petang, hari Khamis bersamaan 13 Zulkaedah di Kuarters Kerajaan, Sitiawan, Perak. No wonder la aku ni gelap, dah lahirnya waktu petang... hehe... Tapi kata orang "hitam itu menawan...!!!" wakakakaka...

This is me ~ menurut kajian Dato' Dr. Fadhilah Khamsah:

LAHIR PADA BULAN MAC

Berpersonaliti menarik dan menawan, mudah didampingi, sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati, sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.  Suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.  Tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan kenang budi.  Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.  Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.  Kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody... (hmmm....)

Ini pulak kalau ikut bulan Hijrah:

LAHIR PADA BULAN ZULKAEDAH
 
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk (huhu...). Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. (nice..) Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.  (Oooo.. tak yah fikir ek?)

Yang ni mengikut haribulan....

Tarikh Lahir pada 15, 20 dan 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam golongan orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. (Bodoh katanya...) Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

Ini kalau ikut dari kumpulan darah...!!! 'O'



Well.... Whatever la... bagi aku, Aku adalah Aku, The One and Only Eve...  Dan yang pasti usia ku semakin berkurangan.... huhu... (entah brapa lama lagi jer yang tinggal untukku...)  

Hmmm... tak berani nak pikir... jom la layan aku tiup lilin... hahahah....
Kek ni sumbangan dan hasil usaha Team KEW.  Thank you la u olls ek..  Seumur hidup, tak penah aku tiup2 lilin ni tau.. Inilah kali pertama...:-)

hahahah... terbakor sokmo...!!!

Dah tak muat space nak letak lilin kat kek ni...:-)

Kata Imam Al-Ghazali "Barang siapa telah melampaui usia 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak dapat mengalahkan kejahatannya, hendaklah dia menyiapkan dirinya untuk masuk ke dalam neraka".  

Huhu.... takotttttttt...

Doakan kebaikanku mengalahkan kejahatanku...

2 comments:

  1. hepi belated besday kak..moga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki...amin!!!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sayang... aminnn.. :-)

    ReplyDelete