I Follow...

Saturday, April 2, 2011

Bila aku ingat mak...

Bila aku ingat pada mak, mak pun mesti sedang terkenangkan aku... atau bila mak terkenangkan aku, mesti aku pun ingat pada mak... huhu... Malam tadi aku dan hubby berbual2... "Nanti lepas appointment ngan doktor minggu depan kita balik kampung... " kata hubby.  Pagi ni semasa borak2 ngan hubby kat Restoran Syed sambil makan tosey, hubby cakap lagi... "Kita balik tengok mak lepas jumpa doktor nanti..., lama dah tak balik..."  "Yer la, nanti tanya Faiz kalau dia tak der kelas, boleh la suruh dia memandu.." Jawap ku... Dan...kira2 sejam selepas itu, mak telefon.  Eh... macam tau2 jer mak kami sebut2 namanya.  "Buat apa? masak? Lama dah mak tak makan masakan kamu..."... huhu.. sedih bila dengar mak cakap macam tu... "13hb ni Johari jumpa doktor, nanti hujung minggu tu kami balik InsyaAllah".  Jawapku.  Emak kata, kalau tak sihat tak payah balik la... mak kata lagi mak ada simpan sedikit wang untuk menantunya  beli ubat... Kesian mak... mak risaukan menantunya.  Mak suruh berubat sungguh2 dan sentiasa doakan Johari cepat2 sembuh.  Terima kasih mak.  Doa dan kasih mak tiada penghujungnya...  InsyaAllah, Allah permudahkan segalanya bagi kami dengan berkat doa mak. 
 Rasa macam tak sabar pulak nak balik kampung jumpa mak... :-)



I Love My Mom....


No comments:

Post a Comment