I Follow...

Thursday, April 7, 2011

Sayang hubby... :-)

Hmmm... agak lama dah tak cerita tentang hubby.  Kalau tak cerita tu.., maknanya dia dalam keadaan baiklah tu... Like my beloved sister-in-law (Kak Nyah) kata, "No news is good news".. Kak Nyah cakap macam tu sebab aku ni jenis orang yang malas calling2 diaorang... hehe...So kalau tak call tu everything is ok la maknanya...kan Kak Nyah kan... :-)

And.. bila aku mula menulis lagi tentang hubby, means hubby tak berapa ok.  Hubby baru 2 hari memulakan ubat terbarunya - Tarceva. Ubat ni macam chemo gak tapi dalam bentuk tablet.  Kena makan sebiji jer sehari.  Kesannya? lebih kurang chemo la jugak agaknya.  Semalam bila aku balik kerja, hubby nampak tak bermaya jer... Tak banyak cakap dan tak pergi surau pun.  Mungkin itulah kesan sampingan ubat tu.- melemahkan...  Tapi mudah2an ubat ni serasi ngan hubby dan menjadi sebab untuk Allah sembuhkan hubby.  Kata doktor, ubat tu will attack tempat yang ada cell cancer tu dan seterusnya menghalang cancer tu dari menjalar ke organ yang lain atau semakin membesar.  

Hmmm.... Entahlah...Aku dah ketandusan kata2 untuk menulis tentang penyakit kanser ni... Bagaikan duri dalam daging... bagai api dalam sekam... tidak kelihatan, namun amat berbisa...  Doktor pernah kata sukar untuk mengandai apa yang akan berlaku kepada pesakit kanser ni.  Dua orang pesakit yang menghidap sakit yang sama, namun kesan dan keadaan pesakit tidak serupa.  Mungkin ikut kekuatan badan masing2....Lihat saja hubby.  Sejak menghidap sakit ni, dia kelihatan 10 tahun lebih tua dari usianya.  Tidak hairanlah ramai yang beranggapan hubby dah pun bersara.  Ini bukan sahaja kesan dari penyakitnya, malah juga kesan dari ubat-ubatan yang dimasukkan ke tubuhnya.  Apa pun hubby sangat kuat dan tabah.  Tidak pernah juga mengenal putus asa...  Atau akukah yang gagal memahami gelora hatinya?  Kadangkala aku tertanya2... apakah  aku telah lakukan yang terbaik untuk dia.  Supportive ke aku?  Entahlah..., entah, entah dan entah...!!! Selagi ada denyutan nadi, selagi itu langkah kaki harus dihayun.. bagi mengisi sebuah perjalanan yang telah ditentukanNya...


Sebiji ubat ni bernilai RM270.00

1 comment:

  1. insyaAllah kak adalah yang terbaik untuk suami kak..Allah dah aturkan segalanya.Ummu doakan kak menjadi bidadari syurga di sana menemani suami kak..

    ReplyDelete