I Follow...

Friday, April 22, 2011

Stay away from trouble kids!!!

Lain kali jangan masuk campur..., tengok pun jangan!!! faham???

Ni nak pesan kat budak2 yang tinggal kat asrama, janganlah terlibat dengan apa2 aktiviti yang menyalahi undang2, bergaduh, atau buli membuli.  Kalau perkara tu berlaku di asrama, jangan masuk campur, jauhkan diri dari tempat kejadian dan jangan mengada2 nak jadi penonton pulak!  Nanti tak pasal2 tidor semalam dua kat dalam lokap!!!!

2 hari lepas aku nyaris2 tak kena heart attack dengan satu insiden yang terjadi pada anak aku di asrama.  Tiba2 petang tu hubby call kata anak aku kena tahan polis sebab pergaduhan di asrama.  Ya Allah, terkejut beruk aku.  Rasa menggigil dah.  Cepat2 minta keluar ofis dan rush ke balai polis ngan hubby.  Hubby dah la tak berapa sihat, dapat berita ni lagi la susah hati dia.  Sampai kat balai, Pegawai Penyiasat tu pulak tak ada di balai.  Telefon pun tak berangkat.   Polis lain tak dapat nak berikan maklumat lanjut.  Nak jumpa anak, tak dibenarkan - nanti ganggu siasatan kata mereka.  Aku mula nak nangis dah... (bukan nak, memang dah nangis pun... huhu..) Punyer la risau, dan mula fikir yang bukan2, bayangkan tentang siasatan polis, bayangkan lokap dan sebagainya. Aku contact kawan ku, Mat kat Bukit Aman.  "Sabar, jangan panik", katanya.  "Malam ni memang tak boleh buat apa2, esok la kita usahakan..."  Jangan risau, polis tak kan apa2kan anak ko..."  Kata Mat lagi... (eh... Mat ni macam tau2 lak aku risau anak aku kena belasah...) Mat suruh aku balik jer, InsyaAllah esok dia tolong tengok2kan.  So dengan kerisauan yang tak juga padam, kami balik la KL .  Kebetulan pulak anak buah aku Hafiz, Fad dan Tiha bermalam di rumah aku malam tu... Tak cerita pun dengan mereka, cuma kata ada hal sikit jer... :-)  Minta maaf yer korang... tak dapat layan korang pun semalam...  Dan anak aku pulak?   Malam tu dia  ngan 7 orang kawannya merasa la tidur dalam lokap..!!!

Dipendekkan cerita segalanya berakhir dengan baik.  Anakku dan 7 lagi rakannya dibebaskan keesokan harinya.  Kes ni kecil jer sebenarnya, tapi oleh kerana pihak pengurusan asrama berlepas tangan dan serahkan bulat2 pada pihak polis, so polis kena la jalankan siasatan.  Budak yang buat aduan kena pukul tu  tak la mengalami kecederaan serius.  Pegawai Penyiasat tu kata, kalau polis tak ambil tindakan nanti kena komplen gak, kata polis tak buat kerja.    Sebenarnya semasa si pengadu dipukul kerana satu perselisihan faham dengan salah seorang rakan mereka, anak aku dan rakan2nya yang lain mengada2 pergi tengok, jadi penonton pulak..!!! Akhirnya habis semua kena cekup polis. Yang menangis, risau macam nak rak ialah ibu bapa masing2.  Ada ibu bapa yang datang dari Selama, Ijok, Pahang.  "Saya bagai nak menitis airmata tengok  anak saya digari", itu ucapan salah seorang bapa yang hadir.  (Nasib baik semasa aku sampai, budak2 tu semua dah tidak digari.  Kalau tak, mau aku gak nangis kot...:hehe...)  Tapi semalam tu aku bersemangat dan berlagak sikit la sebab aku datang dengan diiringi oleh 3 orang bodyguard... dua orang kawan ku, Akhir dan Mat dan my hero... Faiz.  Tq to Mat dan Akhir.  Susah payah  diaorang  datang ke balai semalam... Tq Tq.. 

Bagi aku, walaupun kes ni kecil dan berakhir dengan baik, namun ianya satu pengalaman yang mengerikan.   Aku ni memang takut ngan polis.  Tengok balai polis pun dah kecut perut.  Ini kan pulak bila berhadapan dengan kes kena tangkap polis... oh tidakkkkkkkk... So, don't ever ever mess around with police... Stay away from trouble kids... Apa pun terima kasih la kat polis2 semua... diaorang ni  bertungkus lumus memastikan keamanan tapi sering juga dipersalahkan... Macam aku la, sangka buruk kat polis, sedang kan mereka menjalankan tugas mereka jer... huhu..  Minta maaf yer.... Semoga kalian  sentiasa berkhidmat dengan ikhlas dan telus... (Mesra, Cepat dan Betul...)

Aku tengok bilik ni pun dah rasa menggigil...

Budak2 tu diberi nasihat oleh Insp. sebelum dibebaskan..

Ha.. tak pasal2 merasa pakai uniform ni... Jadikan ia satu pengajaran...

No comments:

Post a Comment