I Follow...

Wednesday, May 18, 2011

Stabil dan Terkawal...

Hmmm... penat dah buat kejer... nak releks jap ek.. :-) 


Dr. Lee
16 Mei hari tu aku temankan hubby ke hospital.  Ada appointment untuk lihat keputusan CT Scan yang dilakukan pada 2 minggu yang lalu.  Kali ni jumpa Dr. Lee pulak.  Dr. Lee ni adalah doktor yang mula2 kami temui semasa hubby memulakan rawatan di PPUM dulu.  He is a very soft spoken person.  

Nothing much yang dikatakan oleh doktor semasa melihat result CT scan tu.  Katanya cancer kat lung hubby tu masih besar tu jugak, air dlm paru2 gak tidak berkurang dan tidak bertambah.  Bengkak yang kat otak tu pun masih tidak berubah tetapi the good news is semuanya tak merebak atau membesar.  So kesimpulannya doktor kata keadaan hubby ialah STABIL DAN TERKAWAL.  So doktor cadangkan teruskan mengambil ubat Tarceva, walaupun katanya memang ada kesan sampingan.  Lambat laun mungkin kesan2 sampingan itu akan hilang... Iyer... mudah2an... 

Apa2 pun syukur Alhamdulillah, hubby masih berupaya menguruskan diri sendiri walaupun agak lemah.  Aku dan anak2 tidak henti2 berdoa agar hubby terus sihat dan dapat bersama2 kami untuk tempoh masa yang lama lagiiii...  Aminnnnn...



1 comment: