I Follow...

Friday, October 28, 2011

Esok... entah bagaimana...

Ha.. hari ni dah hari Jumaat.  Minggu ni aku releks, tak payah hantar hubby ke hospital sebab Wani cuti seminggu.  So dia lah yang bawa abahnya ke hospital setiap hari untuk rawatan radioterapi (terima kasih kepada Ryn yang sudi membantu..).  Next week, aku kena lah ambil giliran semula... :-)

Keadaan hubby pulak tidak menampakkan perubahan yang positif.  Tangan dan kakinya bengkak.  Muka pun nampak sembab jer... Untuk berdiri pun terpaksa dibantu.  Rawatan kimoterapi hubby yang sepatutnya dibuat pada hari Selasa yang lepas terpaksa ditangguhkan kerana sel darah putih dan platelet darah rendah.  Huhu.. tah la risau dan sedih tengok keadaan hubby macam ni...  Tak tau nak buat macamana dah... Semakin hari semakin berat ku rasakan ujian ini.  Memikirkannya membuatkan perasaan ku sesak, hati ku sebak... entah apa lagi yang harus kami hadapi di esok hari.  Semakin lama semakin aku mengerti bahawa hidup ini sangat tidak terjangkakan.  Dalam sekelip mata hidup kita boleh jadi tunggang langgang... Mungkinkah dalam sekelip mata juga boleh kami gapai sinar bahagia?... Esok entah apa pula yang berlaku. Aku dan dia tidak ada pilihan.  Mahu tidak mahu kami kena hadapinya jua.  Biarpun perit, pedih dan sengsara... Mohon dariNya dipermudahkan.. Mohon agar diberi kekuatan... Selain dari itu? Hanya mampu berserah...

Kadangkala terasa tidak mampu lagi untuk terus bertahan.  Namun apakan daya... kehidupan bukan satu jawatan.   'Resign' tidak ada dalam kamus kehidupan....



No comments:

Post a Comment