I Follow...

Wednesday, October 19, 2011

One down..., Eleven more to go....

Hari  ni selesai satu sesi radioterapi.. dan sebelas lagi sedang menunggu.   Esok nasib baik ada Ita (adik hubby) offer diri nak tolong bawa hubby ke hospital.  Dapat la aku skip satu hari dan selesaikan kerja-kerja di pejabat.

Lusa, hari Jumaat kena bawa hubby untuk kimoterapi pulak.  Kimoterapi ada 5 kali lagi... huhu...  Next week kena 'kautim' dengan Faiz untuk gilir2 bawa hubby ke hospital.  Dah rasa segan dan malu nak minta time-off selalu sangat...Entah lah... nak buat macamana kan... Kadang2 terfikir juga, dari sekian ramai hambaNya, Dia pilih aku untuk menghadapi situasi ini.  Tentu ada sebab dan ada hikmahnya, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu dengan sia2... Sebagai kifarah kepada dosa2 ku pun iyer jugak kot.. :-(  Kalau nak difikirkan memang tak tercapai dek akal ku... pasrah ajer lah... dan moga terus diberikanNya kekuatan...


No comments:

Post a Comment