I Follow...

Wednesday, October 5, 2011

Terima Kasih Allah...

Allah... Kau lebih tahu apa yang terbaik untuk ku... Terima kasih Allah... 

Sejak akhir-akhir ini aku kurang berterima kasih kepada Allah.  Jiwa ku dipenuhi dengan kesalan, kecewa, marah, letih dan bosan.  Aku sedar aku bagaikan tidak redha dengan apa yang Allah tentukan kepada diri ini.  Puas aku pujuk diri sendiri.  Tapi aku masih sering mengeluh...dan bersedih.  Jiwaku terus memberontak...  Aku cuba bersabar, banyakkan berdoa, cuba memotivasikan diri sendiri dengan mendengar ceramah2 yang bermanfaat, membaca artikel2 yang baik...baca Quran dan cuba menasihati diri sendiri..  Tapi semua itu bagaikan tidak terkesan di hati... Rasa kecewa dan kesal dengan kehidupan yang ku hadapi masih tidak kunjung padam.  Teman baik ku selalu juga bagi nasihat dan cuba menenangkan jiwaku.. Terima kasih sahabat... kau banyak membantu... Kau selalu ada di waktu aku memerlukan... Tapi jiwa ku masih kacau... huhu...

Tiba-tiba Allah takdirkan aku bertemu Marion.  Marion seperti faham apa yang ku alami.  Setiap tuturkatanya terus menikam ke hati ku.  Marion berjaya membuat aku lebih tenang dan releks.  Marion berjaya membuat aku kembali yakin dan percaya bahawa ini bukanlah perkara paling buruk dalam hidup ku.  Marion berjaya mengembalikan semangat dan keyakinan aku untuk terus tabah dalam menghadapi semua ini.   Dengan tidak secara langsung Marion telah membuat aku kembali berterima kasih kepada Allah kerana hingga ke saat ini aku masih diberi peluang untuk berbuat baik dan menghambakan diri kepadaNya... Aku rasa lebih bersedia untuk menghadapi hari-hari yang mendatang di samping melakukan yang terbaik untuk hari ini... Moga Allah terus berikan aku kekuatan dan ketenangan...walaupun tanpa Marion... juga moga Allah berikan hidayah kepada Marion... Amin.


No comments:

Post a Comment