I Follow...

Friday, December 16, 2011

Andainya...

Andainya ia mudah, pasti semua orang dapat menjalaninya dengan baik dan sempurna.  Andai ianya mudah, pasti tidak ada yang tercampak di lembah duka dan lara... Andai ianya mudah, maka bukanlah ia dinamakn ujian dan dugaan.

Kata orang pasti ada hikmah di sebalik setiap ujian dan dugaanNya itu.  Cuma kita saja yang tidak nampak akan hikmah tersebut. Setidak-tidaknya Allah ingin memberi pahala kepada hambaNya dan juga sebagai penebus dosa-dosa hambaNya.  Namun kadangkala..hambaNya terlalu lemah dan terlalu nipis keimanan lalu ujian dan dugaan yang seharusnya menjadi jambatan untuknya ke syurga tersia-siakan bahkan membawa pula ke jalan kehancuran. 

Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.

 Allah berfirman;
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk." - [Surah al-Baqarah:45]

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh,Allah beserta orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah:153]

Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang.  Mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.

Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah "Innalillahiwainnailaihirajiun".




No comments:

Post a Comment