I Follow...

Sunday, March 18, 2012

Kerana aku hanyalah insan biasa...

3,4 hari ni aku rasa lemah sangat.  Tak sihat, demam, sakit kepala... Faiz juga tidak sihat.  Kena denggi.  Tapi seperti biasa pasti ada nasib baiknya.  Kali ini nasib baik Wani cuti.  Adalah orang yang tolong aku dalam banyak hal.  Hari Isnin hingga Rabu dia kena bawa hubby ke PPUM untuk kimoterapi.  Hari Khamis hingga Sabtu pulak ulang alik ke HKL sebab Faiz kena masuk wad sebab denggi.  Hari ini, balik Melaka.Kesian anak gadis ku itu.  Entah lah sayang... entah bila baru bahagia kan menjelma... 

Now demam dah ok.  Faiz pun dah sembuh.. tapi aku rasa tak best sangat.  Letih dan tidak bermaya.  Rasa hidup langsung tak bermakna.  Semangat semua dah hilang... boringnya hidup ku...  Dah tiada apa2 lagi rasanya yang boleh membahagiakan aku.  Nampak  benarnya tak bersyukurnya aku.  Nampak benar aku dah putus harap.  Kesabaran ku hilang entah ke mana... Biarlah... aku kan manusia biasa...???



1 comment:

  1. Alhamdulillah, you must proud have a daughter strong like you..never mind..life must go on.you are fighter..don't lose..we always pray for you.

    ReplyDelete