Baru sejam sampai rumah. Dari mana lagi, dari PPUM lah. Hari ini kelihatannya agak tenang, tidak terlalu ramai pesakit. Tapi yang peliknya, walaupun tidak ramai pesakit, pukul 1.30pm baru nombor hubby dipanggil. Hari ni hubby jumpa doktor untuk mengetahui keputusan CT scan yang dibuat pada 28 Mac 2012 yang lalu. Doktor yang biasa iaitu Dr. Lim dah berhenti dari PPUM untuk join klinik swasta. Itulah yang diberitahu kepadaku oleh nurse yang jaga kaunter pendaftaran pagi tadi. So hubby dirujukkan kepada Dr. Kow Ken Siong. (hehe.. susah payah aku hafal nama dia tadi...)
Doktor kata air di paru-paru hubby agak susut sedikit, tapi tumor yang dekat otak tu, tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Oleh itu doktor sarankan sambung lagi 6 kali kimo. Aku akui aku dah malas nak kira berapa kali dah hubby menjalani rawatan kimo.Dari agen/ubat yang biasa-biasa hinggalah ke ubat yang paling kuat, dan kini kembali ke ubat yang biasa-biasa semula. Maka esok bermulalah rawatan kimo tu selama 3 hari berturut-turut. Lepas tu break 2 or 3 minggu kemudian sambung lagi 3 hari berturut-turut.Pada firasat akulah, doktor memang dah tak tahu nak buat apa lagi, so cuba lah segala jenis ubat yang ada. Hmmm...ikut jer lah. Hubby memanglah ikut jer, sebab dia sekarang ni bergantung sepenuhnya kepada aku. Segala keputusan akulah terpaksa buat. Ini amat membebankan aku kerana selama ini aku dah terbiasa hanya menjadi pengikut jer... huhu...
|
Kali ni giliran Faiz la pulak bawa abah... :-) |
|
Tak ramai pun pesakit... tapi jangkamasa menunggu sama jer...
Leh sampai tertidor ler... |
|
Hahahah... sempat gak bergambar kat dlm bilik doktor |
|
Faiz bawa abah kejar lift... hehe |
|
smile abah smile.... |
No comments:
Post a Comment