I Follow...

Tuesday, July 3, 2012

Hospital lagi...

Lama juga aku tidak menulis tentang hubby.  Entah, tak banyak yang boleh diceritakan.  Keadaan hubby stabil, terkawal dan masih bertahan.  Cuma tubuhnya semakin susut dan segala keperluannya perlu dibantu.  Tak apalah bukan susah sangat pun..., anak-anak turut membantu.  Alhamdulillah.  Sudah begitu yang ditentukan olehNya, dan sebagai hamba kami terima dengan redha.  Esok, lusa moga kami terus tabah dan pasrah.

Setelah 2 bulan tidak ke hospital, semalam hubby ada temujanji sekali lagi.  Seperti biasa tempoh menunggu amat menyiksakan.  Semalam Shiha pun turut serta menemani. Dia sengaja ponteng sekolah selepas penat ber'camping' di sekolahnya hujung minggu lepas.  Kali ini doktor yang kami jumpa ialah Prof. CK Liam.  Harap-harap lepas ni hubby tak perlu bertukar doktor lagi.  Doktor yang ikut kes hubby dulu tu dah berhenti, join hospital swasta kabarnya.  Prof. Liam sarankan hubby teruskan dengan kimo.  Sebenarnya dalam masa 2 bulan ni hubby cuba ubat alternatif.  Sejenis jus.  Adiknya Razita yang menguruskan pembelian ubat tu. Kalau ditanya kepadaku tentang perkembangan kesihatan hubby, memang aku tak reti nak jawab.  Sebab keadaan hubby tidak menentu.  Kadang-kadang dia kelihatan ok, sihat tapi kadang-kadang letih lesu jer.  Melihat  dan mengetahui bahawa dia tidak berada dalam kesakitan pun sudah memadai dan amat-amat ku syukuri..  Tak sanggup aku menatap penderitaannya... huhu..  (tiada kata-kata yang dapat ku ucapkan lagi...)

Amik dan Shiha... macam2 aksi sementara menghabiskan masa menunggu..

Prof. CK LIam menulis sesuatu... (Amik pulak duduk kat kerusi pesakit tu...)
Inilah ubat traditional yang Razita belikan untuk hubby


1 comment:

  1. sedih i baca entry dlm blog u.. i cry..
    i bersedih dengan kematian abang dan ayah.. tapi, bila baca ur entry.. dugaan u lebih tinggi.

    ingatan ustaz dasuki yg saya nak share:-

    kita merasakan kita tidak selayaknya utk menanggung ujian ini.. sejujurnya, kita hambanya tidak mampu melawan kekuasaannya.. hentikan keluhan gantikan dengan pujian diatas setiap sesuatu yg di terima ini.. kita akan menjadi hamba yg bersyukur..

    pergantungan hanya pada ALLAH kerana sesungguhnya penyembuhan adalah dari Allah dan dr hanyalah wasilah. saya doakan agar suami eve sembuh serta dipanjangkan umur serta diberikan kekuatan dan ketabahan. semoga beoleh kebahagian didunia dan akhirat kelak

    http://puteri.synthasite.com/video-terkini.php

    ReplyDelete