I Follow...

Thursday, July 19, 2012

Untuk teman bernama Z... (pompuan ok..!!!)

Teman..
kadang-kadang aku jadi malu
seringkali kau lihat tangisku...
walaupun tanpa bicara
kerna kau mengerti.. suara tidak bisa mengubati..

Teman..
maafkan aku, jika aku sering mengheretmu
ke dunia ku..
penuh duri...

Teman..
andai satu hari..
aku hilang arah
andai suatu hari
aku tersungkur tak berdaya..
ku tahu.. kau kan tetap setia menemani..

Dan teman...
suatu hari nanti, setelah aku tiada lagi di sisi
kenangi daku dalam doamu..
kerana aku.. pernah hadir dalam hidupmu..
kerana engkaulah temanku..






No comments:

Post a Comment