I Follow...

Sunday, May 26, 2013

Kehilangan demi kehilangan demi kehilangan... (Aku yang ditinggalkan...)

2.35 pagi, 23 Mei 2013, sekali lagi aku kehilangan insan tercinta.  Ibu telah pergi buat selamanya.  Bermula dengan kehilangan bapa tersayang pada Feb. 1995, diikuti dengan pemergian abang ku yang ke-3, disusur pula dengan abang ipar (abang Jang) dan 6 bulan kemudian pemergian suamiku sendiri... Ah.. betapa aku telah ditinggalkan oleh insan-insan yang ku kasih...

Sedih...memang sedih.  Namun redho atas tiap ketentuaanNya adalah yang terbaik.  Sesungguhnya tiada yang kekal di dunia ini... Kini tiada lagi tempatku mengadu, tiada lagi tempatku bermanja... Hilang sudah insan-insan ku mencurah kasih... semuanya telah pergi dan tak kan kembali....   Ketika arwah bapa pergi, aku masih ada emak dan hubby.  Kini...hubby tiada, emak pun telah dijemput Ilahi... Dan aku... terus-terusan kehilangan... Doaku agar roh-roh insan tersayang di tempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solleh...  Amin.  (Entah esok, entah kan lusa aku pula akan menyusuli...)


Alfatihah...


No comments:

Post a Comment