Ramadhan telah semakin hampir ke penghujungnya... Tak lama lagi akan bergemalah takbir di Syawal mulia. Teman-teman pejabat semuanya sibuk dengan persiapan Hari Lebaran. Awal-awal dah mohon cuti untuk balik kampung. Aku pulak blank jer kepala ni. Tak tahu apa yang harus dipersiapkan. Nanti balik kampung, rumah pun tiada berpenghuni. Kalau dulu sibuk fikir nak masak apa di pagi raya dengan emak sebab selepas solat Aidil Fitri rumah emak akan sesak dengan anak-anak dan cucu-cucu... hingga tak cukup pinggan mangkuk dan cawan dibuatnya. Selalunya emak akan suruh aku buat nasi impit, kuah kacang, rendang. Tidak ketinggalan mee rebus... :-) masa tu memang rasa letih tapi ikut jer la cakap emak. Dia nak menjamu anak cucunya... Tapi kini semuanya tinggal kenangan. Emak telah tiada... aduh sedih sangat.. Tiada lagi suara emak yang suruh itu dan ini...Tiada lagi emak untuk ku gembirakan hatinya.. untuk ku ikut perintahnya... Memang benar kata orang, kita akan lebih menghargai sesuatu apabila kita telah kehilangannya. "Mak.. Yah rindu sangat kat mak... :-( " (Al-Fatihah).
Bukan ketiadaan emak saja yang membuatkan ku terasa sepi dan hambar untuk menyambut Hari Raya tahun ni. Tambah sebak dan pilu hubby pun telah dijemput pergi. Raya tahun lepas kami berhari raya di hospital jer sebab pada dua Hari Raya hubby terpaksa dikejarkan ke hospital kerana demam panas dan jangkitan kuman. 2 minggu juga dia ditahan di wad. Tidak ingin aku mengingati saat-saat pilu sebegini. Tak sampai hati untuk ku kenang semula saat-saat derita yang ditanggungnya. Sudah-sudahlah aku melihat penderitaannya.. Cukup-cukuplah.. Telah ku tetapkan bahawa aku hanya ingin mengingatinya dalam keadaan dia yang paling baik, paling sihat, paling ceria. Aku ingin mengingatinya dengan senyuman terukir di bibirnya. Kerana dia yang terbaik, kerana dia yang terindah....kerana dia telah menemaniku selama 24 tahun...(Ya Allah, rahmati rohnya... tempatkannya dalam golongan hambaMu yang beriman dan beramal solleh...) Aminnn....
Pon begitu... bila ku kenang dan lihat muka anak-anak ku rasakan tidak wajar untuk aku hilang semangat. Mereka telah kehilangan seorang ayah yang selama ini bersama-sama sibuk melayan kerenah mereka menyambut Hari Raya... Dan kini adalah menjadi tanggungjawab ku sebagai ibu untuk mempastikan anak-anak ku bahagia dan gembira. Selagi aku masih ada, tidak mungkin ku abaikan kebahagian mereka. Aku harus lebih bersemangat, lebih kuat. Kita akan sambut Hari Raya tahun ini seperti biasa. Kita akan masak-masak kat rumah opah... kita buka luas-luas pintu rumah opah untuk sedara mara datang bertandang. Kita juga akan menziarahi sanak saudara Insha Allah. Pastinya opah dan abah juga mengharapkan kita gembira. Tentu opah dan abah tak suka kita bersedih lebih-lebih lagi di hari mulia ini.... Jom.. kita raikan Hari Mulia ini dengan penuh kesyukuran dan marilah kita iratkan ikatan tali silaturrahim di hari lebaran ini... Mari baca apa kata Dr. Maza .DI SINI. "Ini Hari Kemenangan, Bukan Hari Ratapan"
Pulanglah...
No comments:
Post a Comment