I Follow...

Wednesday, February 16, 2011

Allah Engkau Dekat, Penuh Kasih Sayang.. (II)

Hari ini, 14 Februari 2011, hubby ke hospital lagi.  Untuk buat pemeriksaan darah dan jumpa doktor.  About a couple of weeks ago he always complain rasa panas dan sakit kepala.  Ku perhatikan batuk pun agak teruk.   Lately dia sukar tidur malam sebab diganggu batuk dan rasa panas kot.  Tipulah kalau aku tak risau dan tak fikir apa2 tentang keadaannya ini.  Tetapi seperti selalu, aku cuba berkeadaan seperti biasa.  Cuba tabah dan bertenang... 

Hari ini juga aku tidak dapat turut serta ke hospital.  Banyak kerja di ofis yang kena aku selesaikan.  Tadi bila aku call, Joe masih di hospital.  Sedang tunggu giliran untuk ambil ubat.  Bila aku tanya tentang perjumpaannya dengan doktor sebentar tadi, katanya nothing much.  Doktor kata kena elakkan tempat panas.  Hmmm... nampaknya kena dok dalam air-cond memanjang... :-) Tapi itu bukanlah sesuatu yang menggusarkan perasaan ku.  Yang membuat aku risau ialah bila dia katakan bahawa doktor sarankan untuk  lakukan CT scan lagi pada 24 Februari ni sebab doktor khuatir kalau-kalau kanser tersebut merebak ke otak... Ya Allah, moga2 ianya tidak berlaku.  Tuhan, jangan benarkan ini berlaku....Jangan wahai Tuhannnnn.....!!! 
(Bukan cuba menolak takdirMu, tidak sesekali cuba menafikan ketentuanMu... kerna ku tahu Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku...) 







Hold My Hand.... (Ku kan sentiasa di sisi....)

3 comments:

  1. Salam Pn,

    Sedih rasa hati sy membaca blog PN,berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.Setiap yang berlaku ada hikmahnyer kita kena pasrah dan REDHA.Sy doakan semoga PN tabah menjalani hidup ini dan sy doakan kesejahteraan dan semoga cepat sembuh utk JOE.Amin

    ReplyDelete
  2. Thnks Eda. Doa Eda amat akak hargai...

    ReplyDelete
  3. salam kenal pn..tersentuh hati saya baca cerita pn..moga suami pn shat hendaknya..saya doakan agar pn n famili kuat n tabah dgn dugaan ini..amen..

    ReplyDelete