15 Februari 2011, ikut serta kontijen IKIM ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Hmmm... bangga rasanya dapat turut serta dalam majlis bagi mengingati Rasulullah s.a.w junjungan kita. Walaupun dikatakan bahawa Rasulullah tidak pernah menyambut majlis harijadinya, namun sebagai umatnya saya secara peribadi menyatakan bahawa tidak salah untuk kita memperingati baginda dihari-hari seperti ini. Bukan kita tidak mengingatinya baginda di hari-hari lain, tapi bila tiba satu tarikh yang tertentu begini mungkin kita boleh perbanyakkan salawat dan salam serta memperingati segala sirah junjungan kita ini.
Kami bertolak seawal 5.30 pagi (perancangannya lah, sedangkan yang sebenarnya kami bertolak pukul 5.55 pagi .. :-)). Berbaju seragam meriah berwarna merah campur oren dan peach... lambang semangat yang membara. Bas yang membawa kontijen wanita terus ke Masjid Besi - Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan yang membawa kontijen lelaki ke Masjid Putra. Sampai sahaja kami terus menunaikan solat subuh.
Segalanya berjalan lancar.. cuma aku ada sedikit pendapat peribadi yang ingin disuarakan. Tidak pasti ke mana harus disuarakan cuma harap-harap di masa2 yang akan datang dapatlah diperbaiki dan diisi hari penuh bermakna ini dengan pengisian yang lebih baik. Maksud ku semasa menanti ketibaan kesemua kontijen lelaki yang berarak dari Masjid Putra untuk sampai ke Masjid Besi tersebut, mengapa tidak mainkan alunan selawat untuk kami kaum wanita yang berada di situ. Sekurang2nya dapat juga kami sama2 berselawat dan tidaklah kaum wanita ini berborak2 sakan di dalam masjid. Kalau tidak pun mungkin boleh ditayangkan slide perarakan kontijen2 lelaki yang sedang berlangsung? Secara terus terang aku merasakan agak sia2 dan masa terbuang begitu sahaja tanpa pengisian yang sepenuhnya ke atas hari yang amat bersejarah ini... Harap2 Maulidur Rasul tahun depan ada perubahan dan diharapkan agar pengisiannya tip top sesuai dengan tujuan kita menyambut hari kelahiran junjungan kita ini.... Amin.
|
Masjid Besi.. cantik kan..? |
|
Antara teman2 yang hadir |
|
Lagi kawan2 kontijen wanita |
|
Mak2 dara bergaya.. |
|
Kami yang meriah... :-) |
No comments:
Post a Comment