Aku menulis lagi... Mungkin setelah sekian lama membisu dan menyimpan segala yang terpendam, kini ku cuba berkongsi cerita dengan sesiapa yang sudi membaca blog ini. Biar pun ianya tidak mungkin melenyapkan keresahan yang ku tanggung, namun mungkin secebis doa dari kalian dapat memberi sedikit ketenangan dan kekuatan kepada sekeping hati yang dirundung pilu ini. (Aku rasa agak berdosa bila melahirkan kepiluan ini kerana ianya seolah-olah cuba mempersoalkan ketentuan Ilahi.. Namun bukan itu maksud ku... Aku reda Ya Allah... pintaku agar diberi kekuatan, ketabahan dan ketenangan untuk ku terus meniti kehidupan ini...Aku hambaMu yang lemah dan tak berdaya...)
Semalam Joe muntah... Katanya sakit kepala sebab cuaca panas. Tapi aku perhatikan sejak akhir2 ni dia agak lemah... malam ini pula dia katakan padaku dia dah tak boleh menulis, malah nak tandatangan namanya sendiri pun sukar. Dah tak pandai pegang pen katanya. Aku cuba sedapkan hatinya (dan hatiku jua). Ku katakan mungkin sebab telah lama tak pegang pen, maklumlah dah setahun lebih tak pergi kerja... Ku hulurkan sehelai kertas dan sebatang pen. "Nah, cuba tulis kat sini..." Dan Iiilah hasilnya. Dulu tulisannya lebih cantik dari tulisanku. Hurufnya bulat2 dan comel2, berbanding tulisanku yang macam cakar ayam, kata emak...:-)
Ini rupa tulisannya sekarang... Si kecil Solihah pada mulanya mentertawakan abahnya... Dia ingat abah saja main2 kot... "abah tulis macam budak kecik ...", katanya... tapi bila aku menjeling tajam ke arahnya, dia terdiam. Perlahan2 duduk di sisi ku..
(Dalam situasi begini, apakah yang harus ku fikirkan?)
No comments:
Post a Comment