I Follow...

Monday, February 21, 2011

Allah Engkau Dekat, Penuh Kasih Sayang..(V)

Patutkah untuk aku terus menulis? Entah...mungkin ini adalah diari peribadi ku.  Sepanjang usiaku, tidak pernah aku menulis diari peribadi.  Aku rasa leceh dan tidak gemar untuk membaca kembali isi hati dan kejadian2 yang telah lalu.  Tapi lain pula sejak kebelakangan ni.  Biarlah ku coretkan segalanya di sini.  Walaupun aku sendiri kurang pasti apakah tujuan dan apakah manfaatnya catatan ku ini...

Hari ini aku ke pejabat seperti biasa.  Tapi hati ni tak sedap jer meninggalkan hubby sorang2 kat rumah.  Entahlah, dia kelihatan lemah jer... Tadi sebelum ke surau untuk solat subuh, Ku lihat dia mengerjakan solat sunat sambil duduk.  Ahhhh... ini tambah membimbangkan ku...:-(  Aku buntu.  Tak tahu apa yang harus ku lakukan untuk membantunya... Apa ikhtiar yang harus dibuat lagi?  Bagaimana kalau ada kecemasan?  bagaimana itu, bagaimana ini.... Aduhhhhh.... stop, stop... stop thinking those things.... Allah, berikan aku kekuatan!!!  

Tadi aku dah pesan dengannya, jika tak larat nanti tak payah hantar Solihah ke sekolah agama.  Kat Bangsar tu traffik teruk giler... Lagipun tengahari panas terik.  Rehat jer kat rumah.  At least Solihah ada temankan abah kat rumah.

Oh... aku nak sambung skit tentang apa yang kami lakukan semalam.  Selepas kemas2 rumah, kami keluar makan, dah dekat pukul 4.00 petang masa tu.  Sebelum tu kami singgah kedai gunting India sebab hubby nak cukur misai dan janggut.  Tangannya dah tak berapa kuat nak cukur sendiri.  Lepas tu singgah pula di stesen minyak.  For your info, aku tak penah isi minyak kereta sendiri.  Aku tak pandai.  Sejak dulu, hubby yang buat semua tu.  Aku tau pandu kereta jer... Tapi kali ni Joe suruh aku uruskan, turun dan isi minyak.  Eeeeee... aku tak suka...! Bukan sebab aku malas, tapi aku tak suka sebab aku rasa dia sengaja nak suruh aku berdikari... Aku sedihhhh... Lepas isi minyak gi pula cuci kereta... kat Cyclone...

Dah tak leh buat sendiri, kenalah singgah kat barber shop ni...

Daripada aku banyak2 pikir, baik aku snap gambar2 ni...
Jom layannnnnnn....



Kat dalam cyclone... :-)
Dah cuci kereta gi Tesco pulak, beli barang2 dapur.  Joe bagi aku kad kredit dia dan suruh aku uruskan semua.   Lagi aku sedihhhh.... You wont go anywhere rite Joe?  You will always be around rite???  (Please.. )

"Demi Tuhan yang nyawaku dalam genggamanNya... sihatkan suamiku, tabahkan hatinya, kuatkan semangatnya menghadapi ujian Mu ini...." 

Seperti entry ku sebelum ini, ku pohon kepada pembaca budiman sekelian, sudilah kiranya mendoakan agar kami kuat, tabah dan redo atas ketentuan ini.  Aku sedar penderitaan ini  tidaklah yang terburuk, kerana di luar sana masih ada yang lebih perit penderitaan mereka... namun sebagai insan lemah dan kerdil seperti ku, aku terasa ini pun telah teramat berat... Astagfirullahalazim... ampunkan aku Ya Allah...

No comments:

Post a Comment