Pagi ni ada appointment dgn Bahagian Onkologi PPUM pada pukul 9.00 nanti. Lepas solat subuh terus masak bubur untuk hubby and prepare breakfast untuk Solihah. 7.15 pagi, jom kita ke sekolah. Shiha siap2 dah masuk kereta. Start the engine...!! grekk, grekk... aduh!!! what happen to this car? Not now please, not today...!! Nak naik motosikal, aku tak pandai bawak motor... huhu... Cuba lagi, lagi... tak leh hidup gak enjin kereta ni... Subhanallah, subhanallah.... mental kena kuat beb... sabar, sabar.... Dah hampir 10 kali cuba, tak boleh gak, terus cakap dengan Solihah... "Dek, jom jalan kaki". Jom.. kata Solihah sambil tersengeh... Berpeluh jugak la berjalan kaki nak menyampaikan ke sekolah puteri ku ini. Tak pe, anggap jer sebagai jogging pagi2 ni... Sampai jer kat pintu pagar sekolah tu, pegawas dah tunggu nak tulis nama sebab lewat sampai... :-) Solihah masuk dengan muka yang kelat.. Tah apa la denda yang bakal dikenakan kpd anak ku itu.... :-( Namun sempat juga dia berpesan pada ku, "ummi, jalan elok2 ye..." Thank you sayang....
Allah tu Maha Pengasih, Maha Penyayang. Mujur semalam kawan hubby datang melawat dan mereka arrangekan kenderaan untuk ke PPUM hari ni. Kalau tidak, kami terpaksa cari teksi lah agaknya. Dan Alhamdulillah, ku bersyukur sangat kepada Ilahi, pagi ni hubby nampak sihat sikit. Tak perlu lah kena tolak dengan kerusi roda lagi. Ubat dexa sebanyak 32 biji sehari yang dimakan tu, mungkin telah mengecutkan sedikit bengkak yang terdapat di bahagian cerebellum di kepalanya itu.. Lagipun ubat tu kabarnya sejenis steroid... hmmm.. apa2 jer la, asalkan hubby boleh sihat sikit...
Kami sampai about pukul 8.40 pagi. Nombor kami di panggil pada pukul 10.00 pagi. Kali ni dengan Dr. Rozita. Muda lagi doktor ni. So cerita ceriti sikit, dia bagilah date untuk buat radioterapi tu. Rawatan radioterapi akan dimulakan pada hari Isnin, 7 Mac 2011, sebanyak 5 kali berturut2. It means hari Isnin hingga Jumaat minggu depan. Sempat juga aku bertanya berapa besar tumor (bengkak) tu. Doktor kata dalam 3.8 x 4.0 cm. Harap2 segalanya akan berjalan dengan lancar dan harap2 ianya dapat melenyapkan kesakitan dan penderitaan yang hubby tanggung. Aminnnn...
Tentang kereta tu pula hubby minta tolong pemandu yang bawa kami ke hospital tadi tolong belikan bateri dan pasangkan terus. Alhamdulillah... settle dah masalah tu. Terima kasih Zam... :-)
Insyallah kak...
ReplyDeleteSuhaila doakan yang terbaik utk akak eve sekeluarga.