Petang semalam pergi ke sekolah agama Solihah, Sek. Agama Abu Bakar As-Siddeq di Bangsar. Nak jumpa ustazah dia untuk beritahu Solihah tak dapat meneruskan pengajiannya di sana. Tiada siapa yang boleh uruskan untuk menghantar dan mengambil dia pergi dan balik sekolah.
Sampai jer di sekitar masjid tu azan Asar berkumandang. Jadi kami pun solat Asar dulu. Hubby pun ikut sekali. Hubby ni kalau sihat jer sikit dia mesti nak uruskan semua. Lepas solat terus pergi jumpa ustazah. "Solihah, lama dah tak datang sekolah, kenapa?". Tegur Ustazah Romlah, sebelum sempat aku membuka mulut. Solihah malu2 nak menjawab teguran ustazahnya itu. "Ni lah saya datang ni ustazah. Kami nak beritahu, Solihah terpaksa berhenti sekolah". "Kenapa?, sayangnya... Solihah ni antara murid yang cemerlang. Saya selalu harapkan dia untuk beri tunjuk ajar kepada murid yang agak lemah dalam bacaan Al-Quran", terus jer ustazahnya berkata2. "Saya pun sayang jugak nak berhentikan dia ustazah, tapi abahnya tak sihat, tak ada saper nak uruskan pergi, balik dia ke sini.. Dah puas tanya2kan kalau2 ada van atau bas sekolah, tapi tak ada..." Jawapku. Bila aku beritahu hubby menghidap kanser, terus bergenang mata ustazah tu. (Bukanlah sebab dia sedih tentang hubby, tapi dia terkenangkan anak buahnya yang berumur 7 tahun yang menghidap kanser otak pada usia 5 tahun. Hingga kini anak buahnya tu tak boleh berjalan. Katanya anak buah dia tu sangat cerdik. Pada usia 4 tahun dah tamat mengaji Quran. Dia juga tunjukkan kepada ku gambar anak buahnya itu di majlis khatam Quran yang mereka adakan di kampung mereka di Johor pada tahun lepas. Hmmm... lagi satu episod sedih yang ku temui... "Allah nak uji kakak saya", katanya dengan mata yang berkaca. "Kakak saya tu bukan calang2 orang. Dia sangat rajin beribadat dan pandai dalam ilmu agama.." Katanya lagi. Menurutnya mereka telah tidak merujuk dan menerima rawatan doktor hospital lagi.... Sebaik sahaja anak buahnya itu dibedah, mereka beralih kepada rawatan homeopathi. Ada orang kata, jika kanser, jangan buat kimo atau radioterapi sebab nanti lagi merebak. Hmmm... entah la, bagi aku, aku dah tak tau apa nak fikir. Dengar orang ni kata macam ni, orang lain kata lain pula. Macam2 cerita dah ku dengar. Berserah jer la pada Allah... Kerana aku percaya yang terbaik itu hanya dariNya. Hubby kata semua orang akan mati, cuma mohon pada Allah agar mati dalam iman, dan di tempatkan di kalangan hambaNya yang solleh. :-( (Siapa tahu, entah2 aku yang pergi dulu dari dia...)
Kadangkala aku rasa tertekan juga. Semua orang bagi nasihat, bagi petua... Pesan buat macam tu dan macam ni... Jaga dia baik2, jaga hatinya, jaga makan minumnya, dia perlukan perhatian sepenuhnya... sabar, redho... hmmm... iyer, iyer, baiklah... memang itulah yang aku lakukan sekarang ni... Dan selebihnya aku hanya mampu memohon pada Allah..
"Ya Allah, jangan sesekali aku berasa letih, jangan sesekali aku mengeluh dan berasa bosan dan jangan sesekali aku berputus asa. Kuatkan semangat ku, tabahkan hati ku dan sentiasa lah aku redha dengan apa jua yang Kau tentukan untuk ku. Engkaulah yang lebih mengetahui sedang aku tidak mengetahui apa2... YANG TERBAIK ITU HANYALAH DARI MU YA ILAHI..."
No comments:
Post a Comment