I Follow...

Monday, March 28, 2011

Apa nak jawap ha?...

Bila saudara mara atau teman2 bertanyakan keadaan hubby aku selalu buntu untuk menjawabnya.  Kalau nak kata dah sihat, dia tak lah sihat sepenuhnya.  Nak katakan tak sihat, tak la juga...  Apa yang boleh ku jawap hanyalah berdasarkan keadaannya ketika itu jer... sebab aku sendiri tidak pasti bilakah dia sihat dan bilakah tidak.  Tapi untuk sehari dua ni, Alhamdulillah... hubby semakin sihat.  Selera makannya bertambah.  Perut pun dah boroi nampaknyer... :-) Aku tak kisah lah dia boroi ke, ape ke..., as long as dia sihat aku dah teramat  lah bersyukur... Cuma... kadangkala otak genius ku ini (hahahah...) risau pulak... sebab hubby ni sejak dari aku kenal dia, hingga la dah beranak pinak ni, bukanlah jenis orang yang suka / kuat makan... Selalunya dia makan ala kadar jer...  Tapi lately ni dia makan banyak daripada biasa... Katanya kalau tak makan dia rasa pedih perut... mungkin kesan dari ubat yang dia ambil tu kot... Apa2 pun harap2 tiadalah yang mendatangkan mudarat... (mungkin aku jer risau tak tentu pasal...). 

Hubby gak dah boleh memandu kereta.  Aku memang rasa lega sangat bila dia dah boleh memandu.... hehehe... Tapi, dalam firasat aku la... hubby gagahkan diri memandu ni coz dia menyampah lihat aku memandu... Yer lah, aku ni buta jalan (asyik masuk lorong yang salah jer..),  lagi pun dia tau  benar aku ni memang liat nak memandu.  Mungkin sebab tu kalau tak ada  si bujang Faiz atau si sweet Wani, dia lebih rela memandu sendiri.  Aku dok sebelah jer la...  Mula2 tu risau gak .. tapi so far aku tengok ok jer dia memandu...:-) Lagipun biarlah dia memandu, kerana aku percaya itu boleh memberi dia semangat bahawa dia masih boleh lakukan apa yang dia suka...

"Solihah, cepat ambil Quran...!" hahahah... Shihah dah tak leh skip mengaji lagi... Cepat dek, abah dah tunggu tu.... (Abah dah sihat skit ni, tak der peluang la Shiha nak bermalas2... hehehe...).


Tapi apa2 pun memang sukar nak diramalkan keadaan kami ni.... Sekejap ok, sekejap tak ok.  Bagaikan telur di hujung tanduk? Mungkin itu peribahasa yang sesuai kot...  Namun setiap malam sebelum melelapkan mata, aku tak lupa untuk bersyukur pada Allah  atas kehidupan yang diberikanNya pada ku... tapi esok?  Entah, tiada yang tahu apa yang bakal berlaku di esok hari...cuma harapan dan doa yang tak pernah putus mengiringi setiap langkah ini...

Keperihatinan dan doa dari saudara mara dan sahabat handai amat kami hargai.  2 hari lepas, anak buah ku yang agak pendiam dan jarang sekali bertanya kabar tentang kami, tiba2 hantar sms bhw dia dah masukkan sejumlah wang ke dalam akaun hubby.  Entah dari mana Daus dapat no. akaun hubby pun aku tak pasti.   Tq Daus, pakcu gunakan duit tu beli 4Life TF.  Rasa terharu mengenangkan keperihatinan  semua. ~ kakak2, kakak2 ipar, abang2, abang2 ipar, anak2 buah, baik keluarga sebelah ku mahupun yang sebelah hubby... terima kasih, terima kasih...


2 comments:

  1. insyaAllah segalanya pasti akan ok..
    kami doakan selalu..

    ReplyDelete
  2. semoga ALLAH memanjangkan umurnya kak...amin!!!

    ReplyDelete