I Follow...

Sunday, March 13, 2011

Hikmah

Jumaat 11 Mac 2011 tamatlah 5 kali rawatan radioterapi hubby.  Walaupun kelihatan agak letih dan kurang selesa, tapi hubby tidak lagi berasa nak muntah atau pening bila berdiri dan berjalan.  Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.  Harapan kami agar hubby bertambah pulih.  Appointment seterusnya ialah pada 21 Mac 2011 ini.  

Selama dua, tiga minggu ni rumah kami tak pernah sunyi dari dikunjungi oleh kaum keluarga dan teman2.  Malah abang2 dan kakak2 ku sanggup turun ke Kuala Lumpur untuk membantu kami.  Yop, Kak Yong, Ngah, K.Nyah, Abang Udin dan Kak Anjang bersusah payah datang pada hari Khamis yang lalu.  Dan sanggup pula mereka tinggal selama 2 hari di rumah ku semata2 nak tolong bawakan hubby ke hospital.   

Uda, Kak Uda, Solihin dan Syakirin pula tiba semalam dan baru pagi ni bertolak balik ke Perak.  Terharu bercampur gembira rasa hati dengan kunjungan dan keperihatan mereka.  Lebih2 lagi dengan abangku Uda.  Dia ni susah sangat nak jalan2 atau bermalam di rumah sesiapa.  Tapi kali ni dia sanggup datang dan bermalam di rumah kami.  Terima kasih uda... :-)  

Mungkin inilah hikmahnya... Allah tidak pernah menjadikan sesuatu dengan sia2.  (Terima kasih Allah... meletakkan aku dalam keluarga ini...)  Kasih sayang mereka memberikan kekuatan kepada kami dan menyedarkan aku bahawa aku tidak bersendirian menghadapi semua ini... Begitu juga dengan teman2 hubby.  Mereka datang silih berganti.  Ada yang bawakan air zam-zam, ada yang belikan supplement... Terima kasih semua..!!!!  hanya itu saja ucapan yang dapat ku ucapkan.  Allah saja yang membalas budi baik kalian.  




 

2 comments:

  1. Insyallah kak..
    Ka eve x bersendirian.
    Kita pn doakan yang terbaik utk kakak sekeluarga.
    Amin.

    ReplyDelete