I Follow...

Monday, March 14, 2011

Kerja... ikhlaskah kita?

"Hawa, Tn. Haji minta dok kat tempat kp pukul 2.00 sat gi..."  hahahah... aku lagi.... Memang dah macam tugas aku dok jd relief bila jer PA kp cuti... well.. nak buat macamana?  aku memangnyer wanita 'terpilih'.... wakakaka...

So here i am... bersunyi2 di sini... :-)

"Kerja itu satu ibadah".  Inilah ungkapan yang sering kita dengari terutama di motivasi atau syarahan yang bertema islamik.  Namun secara tepatnya kerja itu bukan sahaja satu ibadah, tetapi ianya adalah satu tanggungjawab dan amanah yang wajib kita pikul dan laksanakan dengan sempurna.  Di saat kita menurunkan tandatangan surat persetujuan menerima tugas atau jawatan yang ditawarkan, maka bermulalah tanggungjawap dan amanah itu terpikul di bahu kita.  Namun seringkali kita terlupa akan hakikat itu.  Sering juga kita mencari2 jalan untuk mengelat dan mengelak dari menjalankan tugas.  Andai begitu keadaannya, apakah kita boleh pastikan keberkatan gaji yang kita perolehi setiap bulan?  Apakah kita berasa aman dan  terlepas dari ditanya di hadapan Allah nanti tentang tugas dan amanah tersebut?  

Selain dari sekadar menunaikan tanggungjawap, soal ikhlas juga amat penting.  Namun ikhlas itu bukan kerja kita.  Ianya adalah rahsia dalam rahsia Allah.   Tiada siapa boleh mengetahui siapa yang ikhlas, siapa yang tidak.  Sesiapa saja boleh mengakui dirinya ikhlas... tapi yang terselindung di sebalik kata2nya, tiada siapa yang tahu.  Soalnya sekarang, bagaimanakah untuk ikhlas?  "Ah... aku tak suka hipokrit, nanti  bila hati aku betul2 ikhlas baru aku nak tolong orang.." , "Nanti bila hati aku betul2 ikhlas baru aku akan pakai tudung..." Begitulah sikap sesetengah orang menunggu hatinya ikhlas, baru nak buat sesuatu.   Kononnya  tak mahu berpura2...Tunggu hati betul2 ikhlas... hmmm... bila? Sempat ke? Tunggu la.....:-)

Kenapa tidak buat jer dulu?  Tolong orang, pakai tudung., atau apa2 kejer yang baik2... mudah2an Allah lembutkan hati... tenangkan jiwa... Dah memang hukum karma pun buat baik dibalas baik.  Bila jiwa dah tenang, hati dah lembut mesti datang ikhlas kan?  Tak payah la tunggu ikhlas datang menggolek... baik kita yang cari ikhlas... selalunya yang mencari pasti akan bertemu apa yang dicarinya, sedang yang hanya menunggu, belum tentu akan datang apa yang ditunggunya itu...  (Yang menulis ni ikhlas benar ke? hehehe... sebenarnya  untuk ingatan  diri ku sendiri...) Aku ni mudah sangat lupa... tu yang kena peringatkan selalu...

Kata Dr. Tuah Iskandar dlm program motivasi paginya yang ku pernah ku dengar 2, 3 tahun yang lalu... Katanya..."Sesuatu kerja jika dibuat dengan suka, pasti akan menjadi mudah.  Sebaliknya kalau sesuatu kerja dibuat dengan rasa menyampah, pasti akan menjadi susah.."  Kalau nak bahagia dalam bekerja, kenalah biasakan diri menyukai kerja tersebut.  Jangan terlalu berkira... Jangan suka menganiaya rakan2 sekerja... Siapa kita nak judge dan ukur orang ni kerja lebih, orang ni kerja kurang.   Orang ni layak naik pangkat, orang ni tak layak... Yang penting, kita buat kerja kita,  jangan sibuk menjeling kerja orang lain, kerja sendiri terbengkalai...  "Salah satu tanda Allah berpaling dari hambaNya ialah bila Allah sibukkan dia dengan urusan yang tiada kena mengena dengan dirinya".  Wallahuaalam.. Semoga kita memperoleh yang terbaik... Iman kita ni bagaikan air laut.  Ada kala pasang, ada ketikanya surut... Bila waktu pasang, berkobar2 rasa nak buat baik, membuak2 semangat nak tuntut ilmu untuk bekalan di sana nanti... Tapi bila waktu surut... huh.. hampeh... sembahyang pun bagaikan 'patuk ayam' kata arwah apak... Lepas solat, terus bangun, tak sempat dah nak menadah tangan berdoa... Begitu angkuhnya kita sebagai hamba...



No comments:

Post a Comment