Ok.. hari ni hari pertama daripada 5 siri rawatan radioterapi yang akan hubby jalani selama 5 hari berturut2. So pagi tadi, hantar Solihah ke sekolah, then terus jer heading ke PPUM. Kalau lambat nanti terpaksa berpusing dekat 1 jam nak cari parking kereta. Alhamdulillah, tadi sampai dalam pukul 8.15 pagi. Park kereta dan terus pergi register.
Proses radioterapi ni tak lama sebenarnya. Oleh kerana hari ini hari pertama hubby menjalani rawatan ni, hubby perlu ke bilik simulasi untuk proses mengukur dan menandakan bahagian yang akan dipancarkan radioterapi ni. Selesai proses menandakan/lukis tu kena tunggu sebentar sebelum dipanggil untuk ke bilik pancaran radioterapi. Rawatan mengambil masa lebih kurang 15 minit jer... Lepas tu boleh la balik.
Now hubby ada kat rumah berehat dan aku pulak bergegas balik ke ofis... Hubby kata dia rasa kurang stabil dan pening skit... Maklumlah pancaran tu di bahagian kepala... bayangkan tiada sesiapa walaupun staff yang dibenarkan tunggu atau berada walaupun di luar bilik tersebut kerana bimbang kesan dari pancarannya, sedangkan hubby sememangnya dihalakan pancaran tu ke kepalanya... Hanya Allah jer yang tahu... Ini merupakan satu ikhtiar harap2 ianya membawa kebaikan...
Ok la..kat bawah ni ada gambar2 yang sempat aku snap.
|
Di sinilah rawatan harian untuk radioterapi |
|
Tunggu giliran sambil tengok TV kat depan tu.. |
|
Di bilik ini pesakit akan diukur dan ditandakan untuk pancaran radioterapi |
|
|
Telah ditandakan untuk pancaran tersebut |
|
Adjust kedudukan untuk pancaran radioterapi |
|
Tiada siapa dibenarkan berada di kawasan ini semasa rawatan dijalankan |
|
Staff bahagian radioterapi memantau pesakit melalui screen di luar bilik tersebut | |
| Hopefully semuanya berjalan dengan baik, dan rawatan ini memberi kesan yang baik kepada hubby. InsyaAllah... we do our best and Allah will do the rest... |
No comments:
Post a Comment