Pagi tadi hubby suruh aku siap2 untuk ke pasar beli barang2 dapur katanya. Aku ni liat sikit untuk ke pasar. Aku tak suka bersesak2 dan pelbagai bau di pasar tu... mengada2 kan? Tapi itulah aku... :-) Pernah dulu semasa tinggal di Selayang, hubby rajin pergi ke Pasar Borong Selayang. Oleh kerana aku enggan masuk ke pasar, hubby suruh aku tunggu jer kat luar, tepi kolam dok kat kerusi dengan para suami yang tunggu isteri shopping kat pasar. Dalam ramai2 yang tunggu di situ, aku jer isteri yang tunggu suami...hehe... "Ala nantilah." bantah ku. "Uda selalunya bertolak awal, nanti tentu sampai awal", kata hubby. Oooo.. rupa2nya dia teringat Uda (abang ku yang no. 4) nak datang hari ni... Malam tadi Yop (abang sulung ku) telefon beritahu Uda nak datang pagi ni. Hubby ni sejak dulu lagi memang suka sangat kalau ada tetamu yang nak datang ke rumah. Lebih2 lagi kalau saudara mara. So dia nak aku masak2 untuk Uda dan keluarga yang akan sampai nanti. Bersemangat sungguh hubby bila dengar ada orang nak datang... :-) (Tak per la, as long as you happy, i'm happy too...)
Sejak kebelakangan ni ramai tetamu yang datang menziarah. Baru sebentar tadi kawan2 hubby datang bersama keluarga masing2. Semalam pula adik beradik, emak saudara dan sepupu hubby datang ziarah. Mereka sampai pukul 12.00 t/hari semalam. Aku pula hanya dapat balik semasa lunch break jer.... 2.45 ptg terpaksa bergegas balik semula ke ofis. Nak minta time off, malu pulak sebab minggu depan hari Isnin hingga Jumaat kena minta time off untuk bawa hubby buat rawatan radioterapi. Walaupun boss tak pernah complain, tapi tidak wajar rasanya aku mengambil kesempatan. Hampir pukul 11.00 malam baru mereka pulang. Abang Zul, Zubir, Cu Nab, Cu Tuah dan Mak Yong balik ke Perak. Zam dan wife balik ke Sepang. Manakala Ita dan Lina balik ke Ampang. Wah... happy betul hubby. Tak habis2 dia bercerita dengan mereka. Tapi sejak kebelakangan ni juga ku perhatikan percakapan hubby agak lain sikit. Sebutannya tidak begitu jelas walaupun suaranya lantang dan kuat. Tapi Alhamdulillah, tak la teruk sangat cuma agak berbeza sikit dengan semasa dia sihat dulu jer... Mungkin kesan dari ubat tu ke?... atau dari bengkak di bahagian otaknya? Moga2 lepas buat radioterapi nanti ok lah hendaknya...
Hubby bergambar dengan adik beradiknya. Kebetulan semalam lengkap ke-enam2 mereka berkumpul... |
No comments:
Post a Comment