I Follow...

Thursday, March 3, 2011

Terima kasih...

Hi.. gud evening everyone...  Am juz coming back from surau. 
"Sahabat2 semua, kita baca yasin yer... Kita niatkan untuk para arwah ibubapa dan saudara mara kita yang telah pergi mendahului kita... Yang keduanya kita niatkan juga untuk sahabat kita En. Khair Johari ... yang sedang berjuang melawan penyakitnya.  Kita doakan sama2 agar beliau kuat dan dapat bersama2 kita lagi di masa2 yang akan datang..."   Itu lah kata2 imam Surau At-Taqwa selepas selesai sembahyang Maghrib tadi.  Aku rasa terharu dan sayu sangat bila imam tu sebut 'sedang berjuang..' :-(  Terima kasih untuk para jamaah Surau At-Taqwa... Semoga Allah memberkati kita semua...

Malam ni juga di kampung ku, di surau depan rumah emak diadakan majlis bacaan yasin untuk hubby.  Semalam emak telefon, dia dah panggil semua abang2, kakak2 dan jiran2 untuk majlis tersebut.  Sejak akhir2 ni, tak henti2 aku terima panggilan dari abang2, abang ipar, kakak2, kakak ipar ku di kampung, bertanya khabar dan beri semangat dan sokongan.  Terima kasih tak terhingga kepada kalian semua... Berkat doa semua, ku kan terus gagah menghadapi segalanya ini...  Kepada emak, ampunkan segala dosa Yah dan Johari... Doa mak penyejuk dan penawar duka kami...

Luv u all...



 

No comments:

Post a Comment