I Follow...

Wednesday, April 13, 2011

Ibu Mertua Ku...

Hari ini kawan sepejabat ku, Ummu bawa kuih kasoi ke pejabat.  Dia kata kuih tu ibu mertua dia yang buat.   Kerapkali juga Ummu bercerita tentang ibu mertuanya yang handal dalam bidang masak memasak ni.  Bila  dengar ceritanya terkenang pulak aku kepada arwah ibu mertua ku.  Arwah seorang yang peramah dan sangat rajin memasak.  Setiap tetamu yang datang, tak pernahnya pulang dengan perut kosong.  Sambil berborak2 melayan tetamu, pantas jer arwah menyediakan santapan.  Bagi arwah tak jadi  hal  langsung nak menyediakan kuih2 seperti kuih kasoi, kuih lompang, cucur, mee, bihun goreng... hehehe... pendek kata pejam mata pun boleh... hehe...

Masa aku kerja di Perak dulu, kami tinggal tak jauh dari rumah arwah.   Pergi dan balik kerja aku dihantar dan diambil oleh hubby.  Selalunya bila balik kerja aku dan hubby akan  terus ke rumah arwah untuk ambil ketiga2 anakku yang dijaga oleh Chu Nab dan Wan Siah (Ibu saudara hubby) yang tinggal berdekatan dengan rumah arwah.  Dan selalunya juga, aku, hubby dan anak2 akan makan dulu, baru balik ke rumah kami.  Mulanya aku malu jugak, tapi lama2 aku faham memang arwah masak dan mahu kami makan dulu sebelum pulang.  (So aku dah boleh skip masak untuk makan malam..) hahahah....

Wani adalah cucu perempuan sulung  arwah.  Arwah yang jaga Wani, arwah kaitkan stokin benang bulu, bagi bertindik telinga ... dan selalu bawa Wani ke mana2 jer.  Hingga kini kalau orang kampung jumpa Wani, mereka akan kata "Besar dah Wani, dulu dok selalu ikut Wan Tam ke sana ke mari...".  Aku pun tak pernah menghalang opahnya untuk beri perhatian pada cucu2nya.  Bagi aku itu hak arwah untuk menyayangi dan disayangi oleh cucunya sendiri.  Namun rupanya tak lama pun arwah dapat bersama cucu2nya.  Pada usia Wani 11 tahun arwah pergi meninggalkan kami...Al-Fatihah... Shiha pula langsung tak dapat melihat Opah Tam nyer... Tapi kami tak lupa menunjukkan gambar2 arwah kepadanya.  Biarlah dia kenal datuk, neneknya walaupun tak pernah bersua muka.

Kesimpulannya, ibu mertua ku memang seorang yang 'banyak mulut' tetapi baik hati.  Al Fatihah untuk mak, semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mak.  Amin...

Untuk rakan2, adik2 dan anak2 semua, janganlah berkira sangat dengan mertua, especially ibu mertua.  Sayangi dan hormati mereka seperti ibu bapa kita sendiri...Lagipun, tanpa mereka, siapalah suami kita kan?...

("Mak, Khair sekarang sedang bergelut melawan kanser paru2 yang dihidapinya lebih setahun yang lalu... kalau mak ada, tentu mak pun risau dan sedih kan?... :-(
Saya akan jaga dia dengan baik mak...")

My late mother-in-law
Hjh. Aminah or famously known as Wan Tam

Gambar bersama anak2 dan cucu2

Ini gambar masa cuti kat mana pun aku dah tak ingat
(look at Wani and Faiz masa kecik2...hehe..)

Arwah mak ngan anak2 ku...
(tengok muka anak2 ku penuh bedak...) Bagus juga
ada kenangan mereka dengan opah diaorang...

Ini rasanya masa tengok perarakan kereta berhias di Lumut

Arwah mak ngan hubby semasa mereka pergi umrah

P/S:  Ummu, tak suker akak citer panjang2 ek...?  Baca sekerat jer dah la... hehehe...

1 comment:

  1. suker la..saja ja ngusik kak petang2..haha
    betul kata kak..mak mentua macam mak kita jugak..
    macam mana kita sygkan suami kita mcm tue jugak kita sygkan dia..Al-Fatihah untuk arwah..

    kak,kuatkan semangatmu..buat yang terbaik selagi dia ada..cipta kenangan sebanyak mungkin..mu bc keluar air mata tinggal tak beringus ja..huhu

    http://wanila84.blogspot.com/

    ReplyDelete