I Follow...

Monday, May 9, 2011

Bangun dan perkasalah... !!!

Hari ni dia macam tak larat sangat.  Susah nak dengar suaranya, apatah lagi nak berbual2.  Tadi lepas solat Maghrib, dia terus berbaring di sejadah.  Aku tak lepaskan peluang, turut berbaring di sampingnya.  Jarang aku dapat berbaring di sisinya sejak kebelakangan ni.  Dia lebih suka berbaring di atas sofa atau di 'lazy chair' di ruang tamu, jadi tak logik la pulak aku nak baring bersamanya di atas sofa tu.. hehehe.. :-)  Aku pegang tangannya... aku belai jari jemarinya....  Kulit di tepi kuku jari manisnya kelihatan lebam dan melecet.... Seluruh kulit tangan dan kakinya agak kering dan seperti mengecut.  Mungkin dia sudah semakin kurus.  Kulit mukanya seperti di tumbuhi jerawat...dengan sedikit tompok2 hitam... Pandangan matanya redup - menyimpan segala derita penyakitnya mungkin.  Aku cepat2 mengalihkan pandangan, tak sanggup aku menatap mata itu.  Lagipun kalau aku teruskan walau sesaat sahaja lagi, sudah pasti aku akan gagal untuk menahan airmata ini dari mengalir...

Ahhh... demikianlah satu babak dari babak2 kehidupan ini...  Hidup yang tidak mampu untuk kita ramalkan.  Aku tidak pernah menduga bahawa begini perjalanan hidup yang  harus ku tempuh.  Dan  sebagai insan biasa... ada ketikanya aku tabah, ada pula ketika aku lemas dan rebah....

Ada juga ketika aku jadi amat cemburu... Aku cemburu melihat orang lain bersama suami dan anak2 mereka bergembira, makan bersama, melakukan aktiviti bersama.  Aku jadi sedih mengenangkan anak2 ku terlepas peluang untuk bergembira bersama bapa mereka.  Lebih2 lagi Shiha si putri bongsu... Dia masih kecil namun telah kehilangan peluang bermanja.  Dulu abah rajin jogging bersamanya, bawa dia ke taman permainan, bermain badminton dan keluar makan2 bersama... Kini semua itu hanya tinggal kenangan.   Bila melihat jiran sebelah rumah bermain badminton bersama ayahnya, Shiha kata "kalau abah sihat tentu abah main badminton dengan saya...", di waktu cuti dan terluang Shiha akan kata, "kalau abah sihat, boleh kita pegi mandi kat waterfall..." Kesian Shiha... Kini Shiha habiskan masa jadi orang suruhan abah.  "Shiha tolong ambilkan ubat abah...", "Shiha tolong switch off the fan...", "Shiha, tutup lampu..." Huhuhu...Tak per Shiha... Tuhan kasik banyak pahala kepada Shiha... Lagipun Shiha tak pernah merungut dan mengeluh...:-)  Shiha sentiasa faham bahawa abah tak sihat... abah sakit... :-(






"Duhai diri... jangan kau putus asa, jangan juga kau hilang pedoman...Sedarlah wahai diri.. setiap kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya... 
Duhai diri... janganlah kau berhati walang.  Bukankah telah menjadi lumrah alam, sesudah derita, bahagia pasti akan menjelang... 
Duhai diri... Bangunlah...  dan  perkasalah..!!!" 

No comments:

Post a Comment