I Follow...

Monday, May 9, 2011

Meskipun tanpa ucapan itu...

Petang semalam mak telefon.  Semalam kan Hari Ibu... :-) Instead of aku yang telefon mak, mak pulak yang call aku... huhu... But actually mak telefon bukan la nak ucapkan Selamat Hari Ibu, sebaliknya mak nak tahu kabar kami di sini.  Especially kabar hubby.  Mak risau, hari2 mak doa agar menantunya sihat.  Kadang2 aku rasa bersalah pulak buat mak selalu risau... Mak kata "kamu telefon la mak, mak tertanya2 kabar Johari tu..."  Hmmm... hubby tak banyak berubah, masih sama jer keadaannya... tu yang aku malas nak telefon mak.  Tak ada perkembangan baru pun... dia masih lemah, tak der selera makan dan selalu macam letih  jer ... Tak tahu dah  macamana nak bagi dia berselera makan atau ceria sikit... huhu..

Eh.. sebut pasal Hari Ibu, you all dapat hadiah apa sempena Hari Ibu?  :-)  Aku tak dapat apa2 pun.   Ucapan tu ader lah... Anak2 aku ni cool jer... macam orang putih kata 'Like father like son'... Abah diaorang pun cool jer kalau pasal celebrate2 apa2 event pon...  Cuma Shiha jer buat kad Hari Ibu.  Itu pon seminggu sebelum Hari Ibu dia dah sibuk tunjukkan kad tu pada aku... Dia juga sibuk tanya "Umi nak apa pada Hari Ibu?"  Bila aku kata tak nak apa2, dia kata "Cakap la mi... saya tak kisah bazirkan duit untuk umi.."  Hahahah... terima kasih sayang....  

Ok, apa sebenarnya yang ibu nak pada Hari Ibu ek?  Bagi aku hari2 pun Hari Ibu.  Aku sayang mak aku setiap detik dan ketika.  Dan aku percaya anak2 aku pun sayangkan aku macam tu jugak.  Sebagai seorang ibu, aku nak anak aku sentiasa sayang dan hormat kepada ku.  Aku harapkan anak2 aku sentiasa bahagia dan berkasih sayang antara adik beradik mereka.  Aku nak anak2 sentiasa berbuat baik dan ingat nasihat dan pesanan aku di mana2 sahaja mereka berada.  Aku nak anak2 aku sentiasa selamat, sejahtera. dan dirahmati Allah sentiasa.  Aku nak anak2 ku jadi penyejuk mata, dahan berteduh di usia tua aku dan hubby, dan yang mendoakan kami bila kami dah tiada nanti.  Aku tak perlukan bunga, coklat, kek atau hadiah yang mahal2.  Aku cuma mahu mereka sentiasa menjadi putera dan puteri ku, walaupun mereka telah dewasa kelak.  Aku harap mereka merasa bahagia dan bersyukur beribukan aku.....Dan sebagai ibu, aku curahkan yang terbaik untuk anak2  ku... Hmmm...sekiranya ada ucapan "Selamat Hari Ibu", aku gembira, tetapi aku pun tak pernah kesah meskipun tanpa ucapan itu... 


Rasulullah SAW pernah bersabda :

"setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu..
(tak kira masih hidup atau telah tiada )"
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 


" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"


Huraian hadith:


- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang
hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. .....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah SWT
So anak2, tak payah la tunggu hingga Hari Ibu atau Hari Bapa baru nak ingat kat mak bapak... huhu.. (pesanan untuk diriku juga...)




*Anak2... adalah permata hatiku...dan aku?  Akulah permata hati bonda... Mak, selautan kasih buat mak, segunung rindu untuk mu ibu.... Luv u mom!!!!!

No comments:

Post a Comment