I Follow...

Wednesday, June 29, 2011

Adrenalin...

Bila susah, bila dah terpaksa, bila sedar bahawa segalanya bergantung pada diri sendiri...maka ...bersedia atau tidak, bolos sajer dinding ituuuuu.... hahahah... so hormon adrenalin pun terhasil... :-)  Bagaikan seorang yang ketakutan dikejar anjing, berlari dengan pantas, tanpa disedari telah melompat sebatang parit, dan sedar-sedar telah berada di atas pokok demi menyelamatkan diri.... Begitu jugalah bila dalam keadaan mendesak, pastinya tiada pilihan lain, melainkan melakukan apa sahaja yang selama ini dirasakan tidak  mampu dilakukan.  Bersabar dan berusaha selagi terdaya... Bangun, berdiri, pandang ke hadapan... dan melangkah lah dengan gagah perkasa... Ya... kekuatan wajib dibina..!!!!.    Kesukaran, kepahitan, kepayahan dan ketakutan menerbitkan kekuatan.  Patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkat siku, patah siku bertongkatkan dagu, patah dagu bertongkat kuku.... huhu... itu kata pepatah melayu... Tiada gunanya menangis, meraung atau memarahi kegelapan... tetapi adalah lebih baik menyalakan lilin bagi menerangi suasana....

Berbagai perkara datang bertimpa-timpa... hingga kadangkala bagaikan terkapai-kapai, tercungap kelemasan  mencari ruang untuk bernafas.  Kehidupan yang sesungguhnya satu anugerah dari yang Esa terasa amat sukar pula untuk diteruskan....Beratnya memikul beban, sedang tenaga hanya tinggal sisa-sisa... Mahu saja berputus asa.. namun untuk berpatah balik memang tiada jalannya.  Mahu tidak mahu walau penuh ranjau dan duri, jalan ini mesti ditempuh jua...


Ni bukan lagi patah sayap, tapi dah meninggal pon..huhu..

Apakah kau lupa bahawa Dia sentiasa bersama....?...
Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah... Allahu Akbar...!!!


No comments:

Post a Comment