Pagi tadi dengar radio hotfm dalam perjalanan ke tempat kerja. Terhibur dengan celoteh Farah, Kiran dan Usop... Topik pagi ni ialah 'pergaduhan di tempat awam'. Ada la seorang pemanggil ni cerita bahawa last week dia ternampak satu couple ni bergaduh dalam kereta. Girlfriend and boyfriend agaknya. Gaduh punya gaduh sampai si perempuan ni baling dan pukul lelaki tu dgn handbag dia. Yang lelaki ni pulak, ambil handbag tu pukul balik si perempuan. Kata si pemanggil ni "memang kurang ajar betul si lelaki tu... geram saya... harap2 pompuan tu tak kawin la ngan si lelaki ni...." Hmmm... sebagai pendengar aku terfikir la jugak.. what u expect ek? u expect lelaki tu akan hug and kiss that girl... macam dalam filem hidustan? hehe.. kalau aku jadi lelaki tu, aku pun baling dan hantam balik bag tu kat dia... wakakaka...
Sebenarnya pergaduhan berlaku adalah kerana masing-masing gagal menahan rasa marah. Kemarahan adalah bagaikan api di dapur hati kita. Jangan biarkan ianya marak membakar, kelak seluruh diri yang terbakar hangus....
"Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring" (Hadis riwayat Imam Ahmad)
"Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk"
(Hadis riwayat Abu Daud)
"Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah SWT akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah SWT memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai".
(Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)
"Dan orang-orang yang sabar menahan diri dari marah serta orang yang memberi kemaafan terhadap orang lain. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang suka membuat kebaikan". (Surah Ali Imran: 134)
Jadinyer... jangan marah2 ek... !!!!
No comments:
Post a Comment