I Follow...

Friday, June 10, 2011

Masihkah kau ragu2..? :-)

Melayan fikiran sendiri depan pc setelah penat bekerja... Huh... meeting, meeting, meeting... banyaknyer meeting.... nak dapatkan tarikh yang sesuai pun susah... huhu...   

Menung, punya menung, aku teringat sebuah cerita yang ku baca beberapa tahun yang lalu.  Sebenarnya cerita ini dalam bahasa inggeris.  Tak pasti lah sejauh mana kebenarannya, tapi jika ianya boleh memberi manfaat, tidak salah rasanya aku kongsikan bersama kalian semua kan?  Lebih kurang beginilah ceritanya:


Satu ketika dahulu ada seorang pemuda yang telah merantau ke segenap perusuk negara kerana menuntut ilmu.  Bila pulang ke tanah airnya, si pemuda ini meminta ayahnya mencarikan seorang cendiakawan atau  ahli agama kerana dia ingin bertanyakan 3 soalan.  Katanya telah banyak kali soalan ini diajukan, tetapi tiada professor atau bijak pandai yang dapat memberikan jawapan yang memuaskan kepadanya.  Untuk memenuhi permintaan anaknya, si ayah telah menjemput seorang ulama Islam ke rumahnya untuk bertemu dengan si pemuda. Lalu bertanyalah anak muda itu 3 soalan:

1.  Adakah Allah itu wujud?  Jika ada bagaimanakah rupanya?
2.  Apakah itu takdir?
3.  Neraka dikatakan dicipta dari api.  Syaitan juga dijadikan dari api.  Jika demikian mengapakah Allah menyatakan bahawa syaitan akan dicampakkan ke neraka, sedangkan mereka dijadikan dari sumber yang sama?  Mana boleh neraka menyakitkan syaitan kerana mereka kedua2nya dari api.  Tentu Tuhan tidak terfikir semua tu...  

Demikianlah soalan dari pemuda itu dengan senyum sinisnya...

Ahli agama ini tidak berkata apa2 sebaliknya terus menampar muka si pemuda.  Apalagi, terkejut beruk lah pemuda itu dan terjadilah dialog di bawah:

Pemuda:  Kenapa tuan berasa marah dan menampar saya?.  
Ahli Agama :  Aku tidak marah kepada mu, tetapi itulah jawapan kepada ketiga2 soalan kamu tadi.  
Pemuda  :  Aku tidak mengerti.
Ahli Agama:  Apakah yang kamu rasa setelah aku menampar mu?.  
Pemuda:  Tentulah aku merasa sakit.
Ahli Agama:  Dapatkah kamu gambarkan rupa sakit itu?.
Pemuda:  Tidak boleh.
Ahli Agama:  Demikianlah kami percaya Allah itu ada, tapi tidak dapat mengambarkan rupaNya.
Ahli Agama:  Apakah kamu mimpikan bahawa aku akan menampar mu hari ini?
Pemuda:  Tidak
Ahli Agama:  Apakah kamu pernah terfikir bahawa kamu akan ku tampar hari ini?
Pemuda:  Juga tidak.
Ahli Agama:  Itulah yang dikatakan takdir!
Ahli Agama:  Anak muda, lihat tangan ku ini.  Dari apakah ia diperbuat?
Pemuda:  Kulit
Ahli Agama:  Muka mu pula diperbuat dari apa?
Pemuda:  Juga dari kulit.
Ahli Agama:  Nah lihat, kau merasa sakit bila ku tampar sedangkan tangan ku dan muka mu kedua2nya di perbuat dari sumber yang sama.  Demikianlah jika Allah menghendaki berlaku, maka akan berlakulah sesuatu itu.  Masihkah kau ingin mempersoalkan mengapa Allah akan mencampakkan syaitan ke neraka?

Subhanallah...Subhanallah...

No comments:

Post a Comment